SJ-02-0020 : Dilema memilih Parti ?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-02-0020 : Dilema memilih Parti ?

Assalamulaikum,

Saya orang baru disini , dan saya melihat bahagian forum , dan membaca perbincangan tentang politik kini. saya melihat kebayakkan ahli perbincangan di sana menyuruh kita menyokong PAS kerana ia adalah parti Islam sejati dan mengundinya adalah perkara yang baik dan syurga dijanjikan . perbincangan tersebut membuat saya dalam dilema kerana saya dilahirkan didalam suasana Umno selama 30thn , dan saya tidak pernah melihat keburukan atau kejahatan seperti yang diceritakan tersebut. Adakah saya selama ini telah melakukan dosa kerana memilih UMNO dan adakah dengan bersetuju dengan UMNO maka saya akan masuk neraka ? apa perlu saya lakukan ? saya tidak mempunyai banyak info ttg PAS melainkan apa yang saya baca dalam akhbar harian dan berita di TV ... boleh saudara Alim sekalian membantu saya dalam hal ini?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-02-0020 : Dilema memilih Parti ?

:wassalam

al-Jawab:

Pertama: Terimakasih kerana sudi melayari laman web AAN. Kita perlu segera jawab soalan ini kerana sempena PRU yang semakin panas.

Kedua: adalah tidak benar sama sekali bahawa AAN menyatakan sokongan terbuka kepada mana-mana parti. Apa yang dibahaskan di Ruangan Diskusi tidak mencerminkan pendirian AAN. Musim PRU, tidak dinafikan, ahli parti agak ramai yang menyertai Ruangan Diskusi AAN, tapi tidak bermakna AAN dikuasai oleh parti tersebut.

Ketiga: Juga tidak benar dakwaan bahawa dalam berparti politik ia diputuskan dengan garis pemisah syurga/neraka, maksudnya siapa masuk parti A, masuk syurga dan siapa masuk parti B, akan dihumban ke Neraka. Ini isu-isu tahun 80'an ketika kemuncak fenomena kafir-mengkafir. Masing-masing parti rancak mengemukakan manifesto dan agenda perjuangan mereka, maka kita boleh meneliti dan membuat perbandingan.

ke empat: Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya (AQT 2:286), maka jika anda kurang mengkaji, kurang meneliti dunia di luar sana selain parti umno, maka anda cuma akan dipersoalkan kenapa anda tidak menjadi ulul albab (yakni orang yang banyak berfikir, meneliti dan membuat kajian. Ini kerana umno dikelilingi oleh musuh-musuh politiknya, maka apakah salahnya anda mengkaji dan meneliti agenda dan wawasan parti lawan sebagai perbandingan dan muhasabah. Kita takut kita tergolong dalam orang yg dimaksudkan dalam ayat ini:

"tidak, kami hanya mengikuti apa yang kami terima dari nenek moyang kami." AQT 2:170

UMNO dan PAS adalah parti-parti orang melayu yang beragama Islam. Siapakah diantara keduanya yang lebih Islamik hendaklah diserahkan kepada hati-hati ahli parti masing-masing, content yang dibawa oleh parti dan juga rakyat sebagai pengundi dan hakim. WA