SJ-02-0023 : kewajipan menyertai jemaah...

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-02-0023 : kewajipan menyertai jemaah...

assalamualaikum..

saya ada nak tanya soalan.. sering kali orang menggunakan ayat ini untuk menunjukkan kita wajib bergerak under jemaah/wadah iaitu

"sesungguhnya Allah mencintai orang2 yg berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur,mereka seakan2 seperti suatu bangunann yg tersusun kukuh" As-Saff ayat 4

soalan yang saya nak tanya.. benarkah tafsiran bahawa Allah menyukai kita kerja beramai2?ataupun tafsiran bahawa Allah menyukai gerak kerja yg berstrategi/teratur walaupun kamu seorang diri?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-02-0023 : kewajipan menyertai jemaah...

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Firman Allah swt :-

Åöäøó Çááøóåó íõÍöÈøõ ÇáøóÐöíäó íõÞóÇÊöáõæäó Ýöí ÓóÈöíáöåö ÕóÝøðÇ ßóÃóäøóåõãú ÈõäúíóÇäñ ãóÑúÕõæÕñ
dir="ltr"> “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”.[al-Shaff : 4]

Sa’ed bin Jubair berkata bahawa : “sebelum Rasulullah :saw memulakan sesuatu peperangan menentang musuh, dia suka pasukannya beratur didalam satu barisan; didalam surah ini, Allah mengajar mereka yang beriman melakukan perkara yang sama. “

Didalam ayat seterusnya ( ßóÃóäøóåõãú ÈõäúíóÇäñ ãóÑúÕõæÕñ ) beliau menyebut bahawa ini bermakna mereka bersama-sama bersatu didalam barisan pertempuran. Muqatil bin Hayyan berkata : sangat kukuh hubungannya diantara satu sama lain.

Ibn Abbas ra didalam mentafsir ayat ini menyatakan bahawa : Mereka itu bagaikan sebuah struktur kukuh yang tidak boleh bergerak, kerana anggota-anggota mereka telah di pateri diantara satu sama lain. (lihat Tafsir Ibn Kathir).

Ayat ini secara khususnya, Allah swt memuji mereka yang berjihad kejalan Allah dengan barisan yang lurus dam kukuh.

Disamping ayat ini menceritakan mengenai teknik berperang, ada juga dikalangan ahli tafsir menyatakan bahawa ia juga merupakan isyarat bahawa umat Islam perlulah mempunyai organsasi yang teratur dan kukuh.

Perbincangan mengenai hukum menganggotai jemaah boleh rujuk link dibawah ini :-

SJ-02-0005: hukum menganggotai jamaah
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=26687

Sekian, wassalam

خيرالأمين