SJ-02-0037 : Bagaimana dakwah islamiyah dan jizyah dibuat?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-02-0037 : Bagaimana dakwah islamiyah dan jizyah dibuat?

assalamualaikum..

Saya berada di negara kufar yang jauh dari ulamak,so saya tidak dapat bertanyakan hal ini.

Baru2 ini, kawan saya (seorang free thinker) bertanyakan saya mengenai jizyah.

Saya jawab dengar kadar yang mampu.

Kemudian dia bertanya, bagaimana orang Islam memasuki negara2 kufar semasa zaman khalifah?

1) orang Islam rempuh masuk negara kufar dengan senjata?
2) kemudian suruh masuk Islam, kalau tak nak masuk kene bayar jizyah?
3) kalau tak bayar, kene perang?

Dia minta saya terangkan, sebab dia kata, kalau inilah caranya, agama Islam memang samseng, kaki pow, kaki ugut..bukan agama aman..

Saya minta tempoh untuk mendapatkan jawapan.
So, dekat sini.
Saya ingin mendapatkan jawapan yang sahih tentang tertib2 dan adab2 dakwah Islamiyah dan jizyah.

Tolong saya ek.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Bagaimana dakwah islamiyah dan jizyah dibuat?

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Orang Islam tidaklah “merempuh” masuk ke negara kufar tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Diantara sebab-sebab yang dibenarkan berperang menurut Shiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi (al-Sahwah al-Islamiyah min al-Murahaqah ila Al-Rusd, ms 300) adalah :-

1. Apabila pihak kufar menyerang dahulu orang-orang Islam.

2. Pihak kufar mengkhianati perjanijian dan pakatan.

3. Pihak kufar mengadakan pakatan dan konspirasi menghancurkan Islam. eg. Penindasan orang Islam di Palestin, Bosnia, Chechnya, Kashmir, Sudan, etc, penguasa yang zalim, mencela pendakwah-pendakwah, etc.

Malah Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi menegaskan bahawa tidak ada peperangan didalam Islam yang memaksa orang kafir memeluk agama Islam (al-Sahwah, ms 301).

Jizyah merupakan cukai yang dikenakan kepada individu kaum kufar dibawah negara Islam (Dawlah Islamiyah) yang diambil setiap tahun. Dibawah pemerintahan Islam, orang-orang kafir yang hidup bersama orang-orang Islam berhak mendapat perlindungan selamamana mereka tidak mengkhianati orang Islam.

Jizyah bukan perbuatan ‘pow’ atau memeras ugut orang kafir. Wang ini digunakan untuk tujuan kemaslahatan rakyat. Perbandingan boleh dibuat diantara jizyah yang dikenakan kepada orang kufar dan amalan zakat yang dikenakan keatas orang Islam, seperti zakat fitrah yang dikenakan kepada individu. Namun demikian, selain dari zakat fitrah, orang Islam yang berkemampuan akan juga dikenakan zakat terhadap emas, perniagaan, simpanan, dll, akan tetapi jizyah HANYA kepada individu sahaja dan bukan harta mereka.

Dilihat dari aspek ini, tidak wujud langsung diskriminasi terhadap orang kafir dari aspek jizyah berbanding dengan zakat yang dikenakan keatas orang Islam. Malah jizyah hanya diambil dari kaum lelaki sahaja, tidak termasuk kanak-kanak dan wanita, akan tetapi Zakat dikenakan kepada semua orang Islam yang menepati syaratnya. WA.

Sekian, wassalam

Rujukan :-

Yusuf al-Qaradhawi . al-Sahwah al-Islamiyah min al-Murahaqah ila Al-Rusd. Kaherah : Dar al-Syuruq, 2002.

خيرالأمين