SJ-03-0001 : tersentuh makanan yg ada bacon's flavor

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0001 : tersentuh makanan yg ada bacon's flavor

assalamualaikum
bagaimanakah kalu kita tersentuh mknan which contain bacon's [atau yg sewaktu dgnya] flavor ie.kena samak ke?

jkk

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
re: SJ-03-0001 : tersentuh makanan yg ada bacon's flavor

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr tehbooh dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Mengenai persoalan menyentuh khinzir ini, ulama berselisih pendapat mengenai cara mencuci kenajisannya. Terdapat ulama yang menyamakan najis khinzir serupa dengan anjing, maka mereka akan membasuh 7 kali dan salah satunya dengan tanah bagi semua perkara yang berhubung dengan kenajisan khizir.

Sheikh Utsaimin menyebut :

æÇáÝÞåÇÁ ÑÍãåã Çááå ÃáÍÞæÇ äÌÇÓÊå ÈäÌÇÓÉ ÇáßáÈ áÃäå ÃÎÈË ãä ÇáßáÈ ¡ Ýíßæä Ãæáì ÈÇáÍßã ãäå .
"Fuqaha' (moga Allah merahmati mereka) menyamakan kenajisan khinzir dengan kenajisan anjing, kerana khinzir dikatakan lebih kotor dari anjing, maka lebih utama lagi dihukum sebegitu" - (al-Sharh Al-Mumti', 1/495).

Akan tetapi kata beliau :

æåÐÇ ÞíÇÓ ÖÚíÝ º áÃä ÇáÎäÒíÑ ãÐßæÑ Ýí ÇáÞÑÂä ¡ æãæÌæÏ Ýí ÚåÏ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ¡ æáã íÑÏ ÅáÍÇÞå ÈÇáßáÈ . ÝÇáÕÍíÍ Ãä äÌÇÓÊå ßäÌÇÓÉ ÛíÑå ¡ ÝÊÛÓá ßãÇ ÊÛÓá ÈÞíÉ ÇáäÌÇÓÇÊ
"Qias ini adalah lemah! Kerana sesungguhnya khinzir disebut didalam Al-Quran dan ia telah lama wujud pada zaman Nabi saw, dan tiada terdapat laporan yang menyamakannya dengan anjing. Maka pandangan yang sahih ialah barangan yang bersangkutan dengan kenajisan khinzir adalah seperti jenis najis yang lain, dan tidak perlu di basuh sebanyak 7 kali, dimana salah satunya mengandungi tanah"

Al-Hafiz Imam Nawawi didalam komentar beliau keatas Imam Muslim (Sharh Muslim) berkata :

æÐåÈ ÃßËÑ ÇáÚáãÇÁ Åáì Ãä ÇáÎäÒíÑ áÇ íÝÊÞÑ Åáì ÛÓáå ÓÈÚÇ ¡ æåæ Þæá ÇáÔÇÝÚí ¡ æåæ Þæí Ýí ÇáÏáíá
"Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa kenajisan khinzir tidak memerlukan membasuh sebanyak 7 kali, Ini adalah pandangan Al-Syafie, iaitu yang mempunyai dalil yang kuat"

Kesimpulannya ialah, kenajisan khinzir dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya bolehlah dihilangkan dengan basuhan yang biasa, tidak perlu 7 kali dan salah satunya dengan tanah. Memadailah bersih basuhan tersebut yang terkena barangan khinzir. WA.

wassalam

خيرالأمين