SJ-03-0005 : tersentuh benda yang terkena najis mughallazoh

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0005 : tersentuh benda yang terkena najis mughallazoh

saya ingin bertanya kepada ustaz2 / ulama yang ada pada al-ahkam ini tentang kemusykilan ini.

sebagai contoh :

kasut saya terkena anjing dan tangan saya tersentuh kasut tersebut. pada lain ketika kain sapu dilap pada kasut tersebut. (ini sebagai contoh sahaja )

Perlu disamak atau tidak jika tersentuh benda yang terkena najis mughallazoh?
benda (kasut) yang tersentuh itu perlu disamak atau tidak?
benda (kain sapu) yang tersentuh benda yang terkena najis mughallazoh perlu disamak atau tidak?

selain itu, saya juga ingin bertanya tentang basah dan kering ketika tersentuh najis mughollazoh itu.
bolehkah pihak ustz2 terangkan secara terperinci hukumnya, nak juga minta ustaz terangkan pandangan ulama fiqh tentang bab ini seperti imam empat dan lain2..dan yang mana patut diikut..

sekian,
terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
re: SJ-03-0005 : tersentuh benda terkena najis mughallazoh

JWB:
wassalamkm

Tarjihan Prof Dr alImam Yusof alQaradhawi (Fiqh Taharah).

Yang disepakati najis ialah air liur anjing.
Dalil: HR Syaikhan dari Abu Hurayrah," Jika ada anjing yg minum dari bekas minuman kamu, maka hendaklah di cuci 7X." (Lu'Lu' wal Marjan,# 170)

Jika ada fuqaha' yg mengQiaskan kenajisan seluruh anjing, maka Qias itu adalah amat jauh tersasar, kata Imam asySyawkani dalam Sail alJarar. Ini berdasarkan dalil: HR alBukhari dan Abu Daud, dari Ibn Umar ra, bahawa anjing biasa masuk dalam mesjid di masa RasuluLlah (saw) dan para sahabat tidak merenjiskan air pun."

Madzhab Maliki berpendapat kesucian seluruh tubuh anjing kecuali air liurnya sahaja. Sebab itu dibolehkan memakan hasil buruan anjing.
Firman Allah," "dihalalkan bagi kamu yg baik-baik dan buruan yg ditangkap oleh binatang buas yg kamu ajarkan dengan melatihnya berburu.." AQ 5:4

Inilah pendapat pilihan Dr Qardhawi dan alhafeedz asySyaukani, iaitu pendapat Malikiah. wa