SJ-03-0024 : Soalan bersuci dari non-Muslim

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0024 : Soalan bersuci dari non-Muslim

:salam

Harap panel ahkam dapat menjawab soalan ini yang ditujukan kepada saya melalui email oleh seseorang :

Assalamu'alaikum,

Saya di datangi oleh seorang berbangsa barat yang bertanya mengenai "Kenapa Islam Menitik Beratkan Bersuci Sebelum Sembahyang". Memandangkan saya kurang fasih berbahasa inggeris, saya merasakan penjelasan yang telah saya berikan kurang memuaskan hati beliau. Saya pohon penjelasan dari pihak tuan.
Penjelasan yang pihak tuan berikan akan saya cetak dan saya berikan kepada beliau untuk bacaan beliau.

Terima Kasih.

Re: Soalan bersuci dari non-Muslim

:wassalam

Kami akan menjawab dalam bahasa Melayu dan jika anda menghadapi kesukaran menterjemahnya dalam BI, maka hubungi kami kembali.

Kenapa Islam menitikberatkan bersuci sebelum Solat/Why Islam emphasizes on good, proper hygiene (taharah) before prayer

Jawab

Bersuci adalah cabang ilmu syari'at (fiqih) yg pertama dalam Islam. kesemua kitab2 Fiqih (syari'at) dimulakan dengan tajuk Bersuci. Bersuci juga adalah kunci untuk melaksanakan ibadah sehari-hari.

Dalilnya:

1. Firman Allah SWT
" Wahai orang2 yg beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu..."AQ 5: alMaidah: 06

2. Firman-Nya :
"Dan pakaianmu, bersihkanlah." AQ 74: 04

3. HR Muslim dari sanad Abu Malik alAsy'ari ra, (sabda Nabi)
" Kebersihan adalah sebahagian dari keimanan."

Rumusan:

Kenapa Islam menitikberatkan bersuci ialah kerana:

1. Allah memerintahkan melalui alQur:an bahawa solat tidak diterima melainkan dalam keadaan bersih

2. Kebersihan dalam Islam adalah sebahagian dari persoalan keimanan.

Conclusion:

Two major reasons why Islam emphazises on hygiene before prayers:
1. God commands the beleivers to cleanse themselves before bowing down to Him (the command of God is obligatory),
2. Hygiene is actually part of Faith.

:aklam