SJ-03-0025 : minta tahkik hadis ini, Ustaz Ziyad

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0025 : minta tahkik hadis ini, Ustaz Ziyad

Diriwayatkan oleh Abi Amamah bahawa Rasulullah saw. telah bersabda yang bermaksud:
"Pada bulan Ramadhan akan muncul suara. Para sahabat bertanya, Di awal, di tengah atau di akhir bulan? baginda menjawab, "Di pertengahan bulan Ramadhan yang bertepatan dengan hari Jumaat. Suara itu menyebabkab kematian tujuh puluh ribu orang, membuat tujuh puluh ribu gadis keluar dari rumah (dan membutakan tujuh puluh ribu orang).Para sahabat bertanya,"Siapakah yang akan selamat wahai Rasulullah?Baginda menjawab "Orang yang menetap dirumahnya sambil melafazkan ta'awuz sambil bersujud dan bertakbir dengan keras'

dipetik dari buku Kejutan Berlaku Peristiwa Dahsyat Dunia Tanda Kemunculan Imam Mahdi oleh Muhammad Isa Dawud.

Re: minta tahkik hadis ini, Ustaz Ziyad

Notis: [U]Setelah sekian lama barulah kita menemui jawapannya[U]
ÊÎÑíÌ
Takhreej Hadith:

Ia dikeluarkan oleh Nu'aim bin Hammad*, guru Imam alBukhari dalam kitabnya alFitan, no hadis 625, 630 dan 635. Kitab alFitan dicetak oleh Maktabah Tijariyah, Mecca, KSA

[* Nu'aim bin Hammad (w. 229H) adalah tabi'en dan salah seorang syaikh kepada Imam alBukhari]

ÊÍÞÈÞ
Tahqeeq alhadith:

alHafeedz alZahabi dalam Lisan alMizan Jld 2/65, berkata Khabar Nu'aim ini adalah maudhu' (palsu). Antara sebabnya ialah ada beberapa nama dalam mata rantainya spt Abu Umar (guru Nu'aim) adalah tidak dikenali, juga Abdullah bin Luhai'ah yg dha'ef, Abdul Wahab bin Hussain yang majhul.

Buku2 karya mantan wartawan alAhram Mesir itu (Muhammad Isa Dawud) tidak boleh dipertanggungjawabkan, juga karya2 Amin Muhammad Jamaludin kerana longgarnya ilmu hadis mereka (Syaikh Muhammad Bayyuni, Cairo, Radd 'ala kitab Harmajeduun.
:aklam