SJ-03-0042 : Istijmar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0042 : Istijmar

Assalammualaikum,
Saya sekeluarga sedang berada di luar negara.
Kami bawa dan isi air di dalam botol atau cawan plastik untuk membersihkan diri selepas buang air kecil dan besar di public toilet.

Soalan saya ialah:
Apa hukumnya kalau hanya istijmar dengan tissue sahaja sedangkan ada air di sink di luar loo ( yang tiada paip air hanya di dalam loo ). Saya ingat istijmar hanya boleh bila tiada air langsung di sekeliling kita. Tapi kalau ada air dan ada tissue, masihkah boleh istijmar sahaja?
Wassalam.

SJ-03-0042 : Istijmar

:wassalam

alJawab:

Kami balas soalan anda dgn segera memandangkan anda agak urgent amat memerlukan hukum.

Penjelasan istilah:

a. Istinjaa' ialah membersihkan dua jalan (qubul dan dubur) dari najis menggunakan air, batu, kertas dan semisalnya yang tidak memudharatkan dua jalan dan membersihkan dua kemaluan.

b. Istijmar ialah penggunaan benda2 solid selain air, di tanah arab ialah batu kerana mukabuminya yang berpasir dan berbatu, manakala zaman moden hari ini ialah toilet rolls.

Hukum penggunaan benda solid selain air adalah harus dan tidak boleh disamakan dalam hukum Tayammum. Dalam hukum tayammum, kita hendaklah berusaha mendapatkan air terlebih dahulu, tapi dalam urusan istinjaa', tidak disyaratkan mencari air. Ia jatuh hukum 'ikhtiyariyat', atau diberi pilihan, cuma diutamakan air ke atas benda2 lain.

Jika kita berada dalam masyarakat yang tidak menggunakan air sebagai bahan istinja', maka kita bisa sahaja beristijmar dgn kertas tisu tandas (toilet roll). Inilah fatwa Syaikhul Islam alAsyr Dr alQardhawi dalam Fatawa Mu'asirat dan Syaikh Dr Ahmad alSyurbashi dalam Yas-aluunak.