SJ-03-0059 : Anjing jilat pagar

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0059 : Anjing jilat pagar

Assalamualaikum,

Ada anjing jilat bucu pagar rumah. Esoknya hujan lebat. perlukah saya membasuh (menyertu) pagar tersebut? Dikhuatiri terkena badan semasa ianya basah.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-03-0059 : Anjing jilat pagar

:wassalam

al-Jawab

Jilatan anjing yang telah terkena hujan, maka dinding itu menjadi suci; inilah pendapat Syafi'iy (Dr Abdul Karim Zaidan, alMufassal); Ibn Qayyim (Ighasah alLahafan, Jld 1, ms 155) berpendapat jika najis itu terkena panas matahari dan tiupan angin pun telah menghilangkan najis itu. Syaikhul Islam Abul Abbas Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 1 ms 475) berpendapat sesungguhnya najis yang lenyap dengan apa jua secara tabi'iy termasuk panas matahari, angin, atau hujan, maka hilanglah hukum najis ke atasnya." WA