SJ-03-0070 : Babi/Khinzir,sedikit pasal anjing

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0070 : Babi/Khinzir,sedikit pasal anjing

:salam

Alhamdulillah... Jazaka Allahu Khairan... kat para panel feqh,dan juga thtl.. kerana telah menjawab soalan2 saya yg lalu seperti "Sambungan sedikit Masalah Kentut/Angin & Kucing".

utk pengetahuan para panel feqh,dari tempoh permulaan saya masuk hingga lah tempoh 1 tahun lebih gitu,saya dibelenggu dgn babi yg saya tau sebelum ini najis berat. maklum lah saya masuk Islam melalui pintu madzhab Syafi'e. Kat rumah,saya tinggal bersama dgn ibu bapa saya. utk maklumat sikit,bapa saya je yg makan mlm di rmh. sebab masakan2 itu dibawa dari rumah nenek saya. ibu saya makan kat rumah nenek. jadi,masakan2 itu tentu ada babi juga kan,walaupun tak lah setiap hari.

sepanjang tempoh yg saya nyatakan di atas,saya sentiasa bimbang,risau dgn kenajisan babi. sehingga kan saya selalu menyamak semua perkakas dapur,pinggan mangkuk,sudu,sinki dapur dan lain2. saya menyamak apabila dlm keadaan seorg diri je di rumah. remote control yg dibalut dgn plastik pun saya menyamak juga.. alhamdulillah,tak lah rosak remote control itu walaupun ada kena air juga. ibu bapa saya pernah ada tanya kenapa perlu samak,saya cuma ckp mmg begitu. begini lah cerita nya dulu...

setengah tahun yg lalu,baru saya ketahui,rupa2 nya itu hanya dlm mazhab Syafi'e. aduh,betapa jahil nya saya... sejak itu lah,saya mula mengenali ilmu2 feqh dan terus belajar smpi sekarang... alhamdulillah... sememangnya Islam itu mudah...

tapi sekarang,saya masih berpegang bahawa najis babi itu hanya dibasuh sekali je. sebabnya saya ada membaca itu pendapat jumhur ulama(jika tak silap lah). tapi saya ada terbaca juga,bahawa najis babi itu hanya dari segi bab makanan,bukan zahirnya. ertinya,babi itu suci dan tak lah dianggap najis. betul ke ada pendapat ni? blh pakai tak?

sebabnya,saya masih ada sedikit terbeban atas dasar berhati-hati,asalkan tersentuh itu ini di dlm rumah,saya akan terus ke tandas utk cucinya. bukan sekadar sekali je,tapi byk kali dlm sehari. walaupun ianya tak jelas... maklum lah,ibu bapa saya ada sentuh daging babi maka najis babi itu blh berpindah ke remote control,peti sejuk dan lain2 lah yg saya syaki. nak tau,sinki dapur saya jarang sekali guna sebab saya bimbang najis babi itu.. jadi,saya selalu pakai sinki tandas utk cuci pinggan mangkuk saya...

soalannya : apakah babi itu najis? jika ya,najis dari segi bab makanan ke,atau najis lain2... maklum lah istilah najis ada bermacam2. jika najis yg kena cuci,apakah kena cuci sekali je? apakah babi itu suci? mohon penjelasan...

walaupun saya dah berpegang bahawa jilatan anjing saja yg najis berat. tapi dlm diri saya masih ada unsur2 fobia dan benci kat anjing... mungkin ini kesan2 dulu terbawa sampai sekarang. mungkin ini atas dasar berhati-hati dlm diri saya. saya cuba sedaya upaya ingatkan diri saya sendiri bahawa anjing itu makhluk Allah juga. lagipun ada 1 hadis Rasulullah SAW,mengenai ada seseorang yg masuk ke syurga kerana memberi minum kat anjing.

tapi saya tetap tak berani dekati anjing2. saya lebih suka dekati kucing2 liar,beri makan... adui.. macam mana cara yg betul seorg muslim dlm berdepan dgn anjing ini? apakah perlu mengelak daripada anjing itu? apakah tak blh berbuat baik kat anjing itu kerana najis berat? apakah perlu layan secara adil seperti mana binatang2 lain?

akhir kata,minta maaf sebab panjangnya post saya ini... sebabnya saya lebih suka ceritakannya secara detail agar para panel feqh dpt memahami situasi/keadaan saya dan dpt memberi jwpan yg lebih jitu... Jazaka Allahu Khairan...

SJ-03-0070 : Babi/Khinzir,sedikit pasal anjing

:wassalam
al-Jawab:
Terimakasih kerana terus setia bersama fiqh al-Ahkam

Quote:
apakah babi itu najis? jika ya, najis dari segi bab makanan ke, atau najis lain2... maklum lah istilah najis ada bermacam2. jika najis yg kena cuci, apakah kena cuci sekali je? apakah babi itu suci? mohon penjelasan...

al-Jawab: Kenajisan babi hanyalah dagingnya sahaja (makanan). dalilnya "kecuali kalau makanan itu daging babi" AQT 6:145
Ia jelas menyebut daging babi.

Ia mencuci sebagaimana mencuci najis yang lain kerana tiada nas yang kata kena samak dgn air tanah. Babi yang hidup adalah bersih kerana Allah mencipta sesuatu dalam keadaan bersih, yang menjadikan najis ialah pemakanan babi itu menjadikan dagingnya najis. (Qardhawi, Fiqh Thaharah)

2. Berinteraksi dgn anjing

Quote:
macam mana cara yg betul seorg muslim dlm berdepan dgn anjing ini? apakah perlu mengelak daripada anjing itu? apakah tak blh berbuat baik kat anjing itu kerana najis berat? apakah perlu layan secara adil seperti mana binatang2 lain?

Anjing adalah ujian Allah ke atas kita sedangkan kita tahu anjing amat besar manfa'atnya. kita tidak mengetahui rahsia sebenar kenapa anjing itu dilarang ke atas kita umat Islam. Umat Islam masih dibolehkan membela anjing untuk tujuan pertanian dan perburuan, selain itu anjing perlu dihindari (membelanya tanpa tujuan). Yang membuat kita gusar ialah jilatan anjing sahaja kerana bila dijilat anjing, maka kita kena samak. itu sahaja. Ia sama dgn ada kereta atau motorsikal. yang membuat kita risai ialah bila accident, macam tulah...anjing ni tak ada apa-apa, yang kita risau ialah jilatannya. kalau kena jilat kena basuh 7X, kalau accident kenderaan, maka masuk hospital, itulah risikonya...kalau ada anjing liar, kita lapur kepada majlis perbandaran, supaya mereka menghapuskannya. Jilatannya sahaja yang ada hukum fiqih, yang lain anjing termasuk dalam kategori binatang spt binatang yg lain juga. WA