SJ-03-0116 : Warna darah pada pakaian,sahkah solat?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0116 : Warna darah pada pakaian,sahkah solat?

:salam

Bau dan rasa darah telah hilang.

Warna/bekas darah yg tidak tertanggal pd pakaian walaupun telah dibasuh berkali-kali. Adakah sah solat dengan memakainya?

albaruhiyy (not verified)
SJ-03-0116 : Warna darah pada pakaian,sahkah solat?

æÚáíßã ÇáÓáÇã æÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå¡ æÈÚÏ

Pendapat yang masyhur di sisi ulama ialah, darah najis dan wajib dibasuh jika terkena pakaian. Sesetengah ulama mengkategorikan darah yang sedikit dimaafkan kerana mashaqqah al-ihtiraz (sukar dikawal).

Soalan saudara ialah bau dan rasa darah telah hilang, iaitu selepas basuh berulang kali. Maka jika solat dengan pakaian tersebut adakah sah? Jawapannya sah kerana antara prinsip syariat yang perlu diketahui ialah (raf’ al-haraj) atau menghapukan kesusahan. Allah Taala berfirman :
íÑíÏ Çááå Èßã ÇáíÓÑ æáÇ íÑíÏ Èßã ÇáÚÓÑ
Maksudnya : Allah menghendaki kesenangan bagi kamu dan tidak menghendaki kesusahan bagi kamu.