SJ-03-0139 : Berendam dalam air kurang 2 kolah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0139 : Berendam dalam air kurang 2 kolah

:salam

Kalo berendam dalam air/tab yang kurang 2 kolah, time berendam lak mesti ruang dubur terbuka sedikit.

Kira macam mana air rendam tu (kes mandi dalam tab di spa).

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Berendam dalam air kurang 2 kolah

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kemampuan yang ada, InSyaAllah,

a. Jika seseorang itu mandi biasa didalam kolam/tub yang padanya air yang kurang 2 qullah, ia tidak menjadikan air tersebut air musta’mal. Hanya jika air tersebut dicelup kerana mengambil wudhu’ atau mandi janabah, maka air tersebut akan menjadi air musta’mal menurut Mazhab Syafie.

b. Jika mandi biasa, berendam di dalam air yang kurang 2 qullah, terkeluarnya najis yang sedikit, walaupun tidak mengubah warna, bau atau rasa, air tersebut sudah bertukar menjadi air mutanajjis. Air tersebut sudah mengandungi najis.

c. Akan tetapi, Seseorang itu dilarang mandi wajib didalam air yang tidak mengalir, sebagaimana hadith

لا يغتسل أحدكم في الماء الدائم وهو جنب
“Janganlah salah seorang diantara kamu mandi di air yang tenang (tidak mengalir) sementara ia junub” (Hadith Riwayat Muslim)

Sekian ,wassalam

خيرالأمين