SJ-04-0015 : perihal mengusap kepala

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0015 : perihal mengusap kepala

saya ada membaca posting di bahagian wudhu' dan saya ada kemushkilan sedikit dibahagian mengusap rambut....

Kemudian mengusap kepala beserta kedua telinga satu kali, dimulai dari bahagian depan kepala lalu diusapkan ke belakang kepala lalu mengembalikannya ke depan kepala. Setelah itu langsung mengusap kedua telinga dengan air yang tersisa pada tangannya.

persoalannya.....

i....apakah kita mengusap rambut kita menggunakan kedua belah tapak tangan kita atau hanya sebelah dikira sudah memadai...

ii....apakah yg dimaksudkan dengan "mengembalikannya ke depan kepala"...apakah ianya bermaksud...

a).....bahawa kita perlu mengusap kembali rambut kita untuk kali kedua....iaitu dari arah belakang kehadapan kepala....

atau

b).....bahawa kita cuma mengalihkan tangan kita ke hadapan kepala setelah mengusap rambut arah kebelakang tanpa perlu mengusap rambut untuk kali ke dua iaitu arah kehadapan....

terima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: perihal mengusap kepala

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr senanghatiman dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Cara wudhu' yang sdr senanghatiman nyatakan saya rasa diambil dari SJ - 3022: [Z] Wudhu'. Kami akan cuba jelaskan kaedah membasuh kepala ini, cuma kadang-kalanya agak sukar sedikit tanpa praktikalnya.

Menurut Ibn Qudamah rh berkata :

ßíÝíÉ ÇáÛÓá Ãæ ÇáãÓÍ Ýí ÇáæÖæÁ áíÓÊ æÇÌÈÉ ¡ ÝÇáæÇÌÈ åæ ÍÕæá ÇáÛÓá ÈÇáäÓÈÉ ááÃÚÖÇÁ ÇáãÛÓæáÉ ¡ æÍÕæá ÇáãÓÍ ááÃÚÖÇÁ ÇáããÓæÍÉ ¡ ÈÃí ßíÝíÉ ßÇäÊ ¡ áßä áÇ Ôß Ãä ÇÊÈÇÚ ÇáÕÝÉ ÇáËÇÈÊÉ Úä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÃÝÖá æÃßãá .
"cara bagaimana bahagian badan dibasuh atau disapu didalam wudhu' bukannlah wajib. Apa yang wajib ialah membasuh bahagian2 yang diwajibkan basuh dan menyapu bahagian2 yang diwajibkan untuk disapu, dengan cara apa sekalipun. Akan tetapi tidak disyak lagi bahawa mengikuti cara Nabi :saw berwudhu' adalah lebih afdal dan lebih sempurna" -[al-Mughni, 1/171]

Kaedah yang dinyatakan diatas merupakan salah satu kaedah membasuh kepala ketika wudhu'. Caranya : membasahkan tangan, meletakkan kedua2nya dihadapan kepala, menyapu kepada dari hadapan hinggalah ke belakang kepala, kemudian membawa tangan tersebut kembali kehadapan. Dengan kata lagi, bermula dari arah depan kebelakang, dan dari belakang kepala sehingga kehadapan. Imam al-Nawawi rh berkata didalam Sharh Muslim mengatakan bahawa ulama' sebulat suara mempersetujui bahawa cara ini adalah mustahab (sunat).

Dalilnya :-

Riwayat dari Abdullah ibn Zayd ra, bahawa beliau menerangkan cara Nabi berwudhu' :

. . Ëõãøó ãóÓóÍó ÑóÃúÓóåõ ÈöíóÏóíúåö ÝóÃóÞúÈóáó ÈöåöãóÇ æóÃóÏúÈóÑó ¡ ÈóÏóÃó ÈöãõÞóÏøóãö ÑóÃúÓöåö ÍóÊøóì ÐóåóÈó ÈöåöãóÇ Åöáóì ÞóÝóÇåõ ¡ Ëõãøó ÑóÏøóåõãóÇ Åöáóì ÇáúãóßóÇäö ÇáøóÐöí ÈóÏóÃó ãöäúåõ
"....... kemudian dia menyapu kepalanya dengan tangannya, dari depan ke belakang. Dia bermula pada depan dan sehingga tangannya sampai kebelakang kepala, kemudian dia membawa kembali tangannya kepada tempat dia bermula" [Hadith Riwayat al-Bukhari #185, Muslim #235].

Dari Miqdaam ibn Ma'di Yakrib ra : berkata :

ÑóÃóíúÊõ ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÊóæóÖøóÃó ¡ ÝóáóãøóÇ ÈóáóÛó ãóÓúÍó ÑóÃúÓöåö æóÖóÚó ßóÝøóíúåö Úóáóì ãõÞóÏøóãö ÑóÃúÓöåö ÝóÃóãóÑøóåõãóÇ ÍóÊøóì ÈóáóÛó ÇáúÞóÝóÇ ¡ Ëõãøó ÑóÏøóåõãóÇ Åöáóì ÇáúãóßóÇäö ÇáøóÐöí ÈóÏóÃó ãöäúåõ
"Aku melihat Rasulullah :saw melakukan wudhu'. Apa baginda sampai di bahagian menyapu kepala, dia akan meletakkan kedua2 tangannya dihadapan kepada sehingga sampai kebelakang, kemudian dia membawa kembali kepada tempat dia bermula" [Hadith Riiwayat Abu Daud, dikelaskan oleh al-Albani sebagai Sahih].
--------------------

Jawapan kepada soalan :-

i. Menggunakan kedua tapak tangan didalam menyapu kepala.
ii. Mengembalikan tangan ialah sebagaimana kenyataan a) anda, mengusap kembali kehadapan. Contoh kaifiat perlaksanaannya :- letakkankan kedua ibu jari didalam lubang telinga kiri dan kanan, sambil 4 jari dan tapak tangan berada diatas kepala. Bermula dai hadapan, bawa/gerakkan kedua tapak tangan & keempat 2 jari sehingga berada dibelakang kepala. Kemudian bawa balik kedua2 tapak tangan kehadapan, dan selesai bab sapu kepala.

Saya minta ma'af tidak dapat memaparkan visual atau gambar bagi menjelaskan hal ini. :aklam

wassalam.

خيرالأمين