SJ-04-0021 :lepas mandi wajid tidak perlu wudzuk utk solat??

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0021 :lepas mandi wajid tidak perlu wudzuk utk solat??

:salam

Hadis ada menerangkan bahawa 1.batalnya wuzuk apb menyentuh kemaluan & 2. ada juga hadis yang menyatakan tidak. 3. Ada juga hadis yang menerangkan bahawa tidak perlu wudzuk selepas mandi wajib untuk melaksanakan solat.
Soalannya: Apakah perlu bewudzuk semula selepas mandi kerana semasa mandi wajib kita menyentuh kemaluan untuk meratakan air keseluruh anggota badan @ tidak perlu dan terus solat shj spt hadis ke3?

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-04-0021 :lepas mandi wajid tidak perlu wudzuk utk solat??

:wassalam

alJawab:

1&2: batalkah wudhu' jika menyentuh kemaluan?

Jawab: Benar terdapat khilaf kerana terdapat dua hadis yg saling bertentangan: hadith Busrah (sahih sunan Abu Daud # 181) menyatakan batal; manakala hadith Talq bin Ali (sahih Abu Daud #182), tidak batal. menghimpunkan dua hadith sahih ini: Imam dan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah alharani mentarjih bahawa wudhu' batal jika menyentuh dgn syahwah shj.. Jika sentuh tanpa syahwah spt ketika mandi tidak batal (Majmu' Fatawa, 21/238)

menjawab soalan anda: Tidak perlu berwudhu' lagi.

sekian