SJ-04-0066 : khuf

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0066 : khuf

:salam

apa sbnrnya syarat2 khuf?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-04-0066 : khuf

:wassalam

al-Jawab:

Khuff dalam istilah feqh bermaksud kasut kulit yang nipis yang dipakai dalam mesjid yang menutupi kedua buku lalinya. Ia banyak di jual di sekitar Mesjidil Haram ketika musim sejuk dan ia kebanyakan datang dari Pakistan,Afghan dan India. Ia amat jarang dipakai di Malaysia kerana iklim tropika yg mana rata-rata rakyat Malaysia memakai sandal atau selipar.

Syarat-syarat menyapu khuff.
1. Khuff itu mestilah dalam keadaan suci
2. khuff itu menutupi kaki hingga dua buku lali. Jika khuff sudah berlubang dan pemiliknya orang yg miskin, maka ia dibolehkan juga mengusapnya
3. Orang yang hendak menyarungkan dua khuff hendaklah terlebih dahulu dalam keadaan berwudhu'
4. Menyapu khuff pada tempoh tertentu sahaja: 24 jam utk bukan musafir dan 72 jam utk musafir
5. Cara usapan ialah memulakan dari hujung kaki naik ke betis di atas khuff. Tidak boleh menyapu bahagian bawahnya.
(Prof Dr Abdullah al-Muthlaq, KSA, Fiqh Sunna al-Muyassar. Riyadh: Kunuuz Isybiliyya, 2005) WA