SJ-04-0069 : khuf untuk wanita

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0069 : khuf untuk wanita

:salam

Mohon sedikit pendetailan mengenai penyapuan di atas stokin bagi muslimah-
1. Bolehkah menyarung stokin yang lain (2 lapis) selepas menyapu stokin untuk solat kerana stokin yang disapu tidak cukup tebal?

2. Bolehkah ini (menyapu atas stokin dan tudung) diamalkan setiap hari biasa di pejabat walaupun terdapat bilik solat tertutup lengkap dengan tempat wudhu kerana ingin menjimatkan masa?

3. Jika ambil wudhu di dalam kawasan tandas, adakah sah wudhu jika kembali memakai kasut setelah menyapu stokin dan buka semula kasut untuk solat?

Terima kasih atas perhatian dan penjelasan.

:wassalam

SJ-04-0069 : khuf untuk wanita

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Ulama telah berselisih pendapat pada hukum keharusan menyapu stokin dan tudung.

Mereka yang membenarkannya mengharuskan ketiga-tiga keadaan yang dinyatakan tersebut iaitu:

1. Boleh menyarung stokin yang lain (2 lapis) selepas menyapu stokin untuk solat.

2. Boleh menyapu atas stokin dan tudung setiap hari di pejabat walaupun terdapat bilik solat tertutup lengkap dengan tempat wudhu. Dengan syarat tidak melebihi tempoh sapuan stokin iaitu satu hari satu malam bagi orang yang bermuqim. Apabila tamat tempoh hendaklah membasuh kaki kemudian boleh menyapu kembali.

3. Wudhu' itu sah walaupun kembali memakai kasut setelah menyapu stokin dan buka semula kasut untuk solat.

Wallahu a3lam

Rujukan:
-al-Majmuk oleh Imam Nawawi
- Feqh at-Taharah oleh Dr. Yusuf Qaradhawi
- Boleh juga baca hukum khuf dan stokin dalam bahasa:
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=15623