SJ-04-0070 : mandi wajib, kaki kena operation

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0070 : mandi wajib, kaki kena operation

:salam

tanya persoalan mengenai soal mandi wajib

seorang wanita menjalani pembedahn kaki..dn pada masa yg sama berada dlm keadaan hadas..kaki dibalut dn sensitif pada air

soalan..
1.bagaimana mahu mandi wajib setelah berhentinya haid..samada guna air atau tayammum
2.adakah solat perlu diganti jika mengguna tayammum ...ana dengar di radio ada ustaz katakan perlu ganti sbb solat yg tu cuma solat hormat waktu..adkah ini suatu khilaf iaitu perlu qadha atau tak?
3.sebenarnya post ni pernah keluar tp hanya untuk tayammum je..ana harap panel sudi menunjukkan cara yg ringkas tp lengkap atau mencadangkan mana-mana buku

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-04-0070 : mandi wajib, kaki kena operation

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1. Syarak memerintahkan supaya melakukan suruhannya setakat kemampuan, sebagaimana firman Allah: "Maka bertaqwalah kepada Allah setakat kemampuan kamu" (Al-Taghabun: 16). Jadi, dalam kes ini, mestilah mandi dengan meratakan air pada anggota badan yang tidak bermasalah.

Manakala anggota yang berbalut, hendaklah disapu pada balutan itu sebagai ganti kepada basuhan anggota tersebut. Kemudian, ada ulama mewajibkan tayammum pula selepas itu, dan ada ulama yang tidak mewajibkannya. Dan yg kedua ini dipilih oleh Syeikh Uthaimin (Majmuk Fatawa Syiekh Uthaimin 11/172).

2. Orang yang bersuci dengan cara seperti ini telah melaksanakan tanggungjawabnya setakat kemampuan. Dan syarak tidak mewajibkan dilakukan solat fardhu yang sama sebanyak dua kali. Maka mewajibkan sesuatu yang tidak disebut oleh syarak memerlukan kepada dalil.

3. Cara yang dituntut dalam kes begini sangat simple dan tidaklah rumit. Iaitu: mandi seperti biasa pada anggota yang tidak sakit. Kemudian, menyapu dengan air pada anggota yang berbalut. Kemudian, bertayammum bagi mereka yang memilih pendapat wajib tayammum.

Wallahu A'lam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-04-0070 : mandi wajib, kaki kena operation

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Sekadar tambahan.

Quote:
seorang wanita menjalani pembedahn kaki..dn pada masa yg sama berada dlm keadaan hadas..kaki dibalut dn sensitif pada air

soalan..
1.bagaimana mahu mandi wajib setelah berhentinya haid..samada guna air atau tayammum

Dia boleh bertayammum sekiranya mandi akan memudaratkan anggota yang sakit atau melambatkan sembuh.

Jika mandi tidak akan memudaratkan, Jumhur Ulama berpendapat dia wajib mandi dengan meratakan air pada anggota-anggota lain yang sihat dan hanya menyapu di atas balutan tempat yang sakit. Jika menyapu di atas balutan akan memudaratkan, dia tidak perlu menyapu di atas balutan.

Cuma Mazhab Syafie mewajibkan juga tayammum walaupun setelah mandi dan menyapu balutan.

Quote:
2.adakah solat perlu diganti jika mengguna tayammum ...ana dengar di radio ada ustaz katakan perlu ganti sbb solat yg tu cuma solat hormat waktu..adkah ini suatu khilaf iaitu perlu qadha atau tak?

Jika dia bertayammum kerana mandi akan memudaratkan dia atau melambatkan sembuh, dia tidak perlu ganti solat ini.

Jika dia mandi dan menyapu di atas balutan, Jumhur Ulama berpendapat dia tidak perlu ganti solat. Cuma dalam Mazhab Syafie mengatakan dia perlu ganti solat sekiranya balutan tersebut dipakai dalam keadaan hadas.

Quote:
3.sebenarnya post ni pernah keluar tp hanya untuk tayammum je..ana harap panel sudi menunjukkan cara yg ringkas tp lengkap atau mencadangkan mana-mana buku

Boleh lihat mana-mana kitab fiqh yang menjelaskan hukum tayammum untuk orang sakit dan menyapu jabirah.

Wallahu a3lam

Rujukan
- al-Majmuk oleh Imam Nawawi: 2/282-286, 325-331.
- Mausu'ah Fiqhiyyah Kuwaitiah: 16/105-108.