SJ-05-0019: Masalah Sekitar Solat Jumaat

5 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0019: Masalah Sekitar Solat Jumaat

Minta penjelasan panel al Ahkam berkenaan masalah sekitar Solat Jumaat di bawah:

Situasi 1:

Ada tiga orang lelaki A, B dan C. Selepas azan pertama Solat Jumaat, si A terus bangkit dan solat sunat sebelum Solat Jumaat, si B tidak bangkit kerana beranggapan solat sunat sebelum Jumaat itu bid'ah.

Dan seorang lagi si C pula yang berada di saf paling depan turut bangkit mengerjakan solat sunat walaupun si C menerima pendapat bahawa solat tersebut bukan anjuran Nabi s.a.w. tapi atas dasar Fadho'ilul a'mal. Apatah lagi si C terasa janggal kerana di saf depan semuanya mengerjakan solat sunat itu.

Dalam beberapa kali si C tidak mengerjakan solat sunat itu dalam minggu-minggu sebelumnya, rakan-rakan dan jemaah di sekelilingnya seolah-olah memandang serong terhadapnya menyebabkan si C sentiasa ditempelak, diserang peribadinya oleh rakan-rakan lain yang menganggap ia suatu kejahilan walaupun beberapa kali diterangkan pendiriannya. Dan kerana mengelakkan timbul fitnah, si C mengambil jalan tengah.

Persoalannya apakah hukum terhadap ketiga-tiga orang ini, mana yang lebih rajih pendapatnya mengikut pandangan panel al Ahkam sendiri. Dan apakah boleh si C melakukannya seperti pendirian baru itu dan apakah hukum jika si C tidak melakukan solat sunat dalam waktu itu tetapi menqada'kan solat-solat yang mungkin pernah ada ditinggalkan dulu walaupun si C tidak berapa ingat samaada tertinggal atau tidak, atau yang tertinggal sudah diqadakan lama sudah.

Ayat mudah, boleh tak menqadakan solat sewaktu orang lain mengerjakan solat sunat yang dianggap bukan sunnah Nabi itu?

Adakah pelaksanaan tersebut adalah bid'ah dholalah juga dan tertolak qada solat itu walaupun si C tidak menjadikan ia suatu adat kebiasaan dan tidak menganggapnya sebagai suruhan Nabi s.a.w.?

Dan apakah boleh si C melakukan solat sunat itu sebagai solat sunat mutlak atau solat-solat sunat lain yang ada nas?

Situasi 2:

Dalam ketika di antara khutbah pertama dan khutbah kedua. Ada biasa dibacakan doa oleh bilal. Si A berdoa mengangkat tangan mengaminkan doa bilal. Si B berdoa sama tetapi tidak bersama bilal dan tidak diangkatkan tangannya. Si C berdoa kekadang bersama jamaah lain dan kekadang bersendirian, kekadang mengangkat tangan dan kekadang tidak mengangkat tangan.

Persoalannya yang manakah yang lebih baik. Bagi C adakah tindakannya salah dengan tujuan si C untuk mengelakkan timbul fitnah?

Situasi 3:

Dalam khutbah kedua, imam berdoa. Si A mengikut imam mengangkat tangan mengaminkan doa imam. Si B tidak mengangkat tangan dan hanya kekadang mengaminkan doa imam secara perlahan. Si C mengaminkan doa imam tanpa mengangkat tangan, kekadang mengangkat tangan dan tidak pula mengangkat tangan semasa doa kepada pemerintah. Persoalannya yang mana lebih utama pendapatnya. Dan apakah perbuatan si C salah dan juga bid'ah sedangkan si C berbuat demikian untuk mengelakkan fitnah?

Situasi 4

Lepas solat, si A berzikir dan berdoa ikut imam. Si B terus bangun meninggalkan tempat solat dan tidak berdoa bersama imam. Si C berdoa kekadang bersama2 imam dalam gerakan zikir walaupun berzikir, berdoa sendirian dan hanya mengaminkan doa kumpulan orang yang berkumpul itu beralasan hadith berkenaan termakbulnya doa yg diaminkan oleh org yang berkumpul. Di samping mengelakkan timbul fitnah si C mengambil jalan tengah juga dengan berasaskan hadith2 shahih dan kaedah yang digunapakai untuk mengelakkan mafsadah yg lebih besar. Persoalannya yang mana satu lebih kuat pendapatnya. Dan apakah pegangan si C yang juga berasaskan hujah hadith shahih dan kaedah usul fiqh adalah silap dan bid'ah?

Minta penjelasan cerdik pandai panel al Ahkam yang budiman.

Fathoni (not verified)
SJ-05-0019: Masalah Sekitar Solat Jumaat

Pertamanya Moderator tolong pindahkan topik ini kepada bahagian soal jawap.
Nanti ada pulak yang jiwa2 nak jawap.

Fathoni- cuma bagi pendapat jee...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0019: Masalah Sekitar Solat Jumaat

:salam

situasi pertama

http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=14436&highlight=qabliah

http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=16955&highlight=qabliyah

http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=26580&highlight=qabliyah

Perlu diingat, apa yg dibahaskan adlaah sunat qabliyah Jumaat. Boleh saja dikerjakan solat sunat mutlak antara dua azan itu krn ada dalil yg umum berkaitannya. Oleh itu, pada ketika org ramai bangun mengerjakan solat, sdr bolehlah mengerjakan juga solat suant mutlak. Saya ingin jelaskan juga bhw kita perlu husnul dzan. Mungkin para makmum itu mengerjakan solat sunat mutlak dan bukannya qabliyah Jumaat. Adalah tidak wajar utk kita mengatakan seseorang itu pengamal bid'ah tanpa usul periksa.

situasi kedua

http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=14736&highlight=khutbah

Pastilah sunnah yg lebih baik diamalkan.

situasi ketiga

sama spt situasi kedua. Jika ditanya mana yg lebih baik, maka jawapannya tidak diangkat tangannya. Adapun dikhuatiri fitnah, ingin kita tanya kembali, apakah lebih besar fitnah yg dilontarkan manusia daripada fitnah melakukan sesuatu yg bukan sunnah?!

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0019: Masalah Sekitar Solat Jumaat

situasi 4

Pertama sekali, Nabi saw tidak pernah berdoa secara jemaah kecuali dalam beberapa situasi atau kes2 tertentu sahaja. Jarang sekali kedapatan Baginda saw berdoa secara jamaah. Atas dasar inilah, kalau kita meneliti hadis2 baginda saw, kita akan dapati doa yg diucapkan oleh Baginda adalah utknya seorang. Ini menunjukkan kaifiat doa yg sebenar adalah berdoa secara sendrian dan juga dgn perlahan2. Ini disebut sendiri oleh Allah swt dalam surah al-A'raaf ayat 55.

Jika dibincangkan mengenai doa secara beramai2 setelah solat jamaah secara khusus, maka sepakat ulama' mengatakan ia bukannya amalan Nabi saw. Amalan ini menjadi bid'ah jika ada yg beri'tiqad bhw ia adalah sunnah Nabi saw dan mengatakan itulah yg diajar oleh Baginda. Inilah jgua yg dikatakan oleh Dr Ali Mahfuz dalam kitabnya al-Ibda' fil mad laamil ibtidaa'. Demikian juga yg dikatakan oleh Sheikh Abu Bakar al-Jazairi dalam risalahnya, min sunanil huda raf'ul yadain fi ad du'a.

tetapi boleh berdoa secara jamaah jika berlaku satu2 kepentingan umum. Namun tidaklah boleh dijadikan ia amalan tetap. Pendpt ini dikeluarkan oleh Ibn Taimiyyah rhm.

Sekiranya doa dilakukan secara jemaah, baru timbul persoalan yg sdr utarakan di atas. Kita lihat dalil larangan mendoakan utk diri sendiri terlebih dahulu spt yg sdr maksudkan.

Drpd Thaubaan, Abu Hurairah dan Abu Umamah ra bhw Rasulullah saw bersabda, "..................Dan tiadalah seseorang mengimami suatu kaum, maka dia mengkhususkan doa utk dirinya tanpa utk mereka. Jika dia memperbuat demikian, maka sesungguhnya dia mengkhianati mereka........"[HR Imam at-tirmidzi]

Berikut takhrij hadis oleh al-Albani terhadap hadis di atas.

. ( ÖÚíÝ _ ÖÚíÝ ÃÈí ÏÇæÏ 11 æ 12 " ÚäÏäÇ ÈÑÞã 90/15 æ 91/16 " ¡ áßä ÇáÌãáÉ ÇáÃÎíÑÉ ãäå ÕÍíÍÉ _ ÇÈä ãÇÌÉ 617 " ÕÍíÍ Óää ÇÈä ãÇÌÉ ÈÑÞã 50

Secara ringkasnya hadis di atas menurut al-Albani adalah dha'if. Namun begitu, Imam tirmidzi memandang hadis ini hasan.

Al-Mubarakapuri dalam ÊÍÝÉ ÇáÃÍæÐí ÈÔÑÍ ÌÇãÚ ÇáÊÑãÐí berkata ketika mensyarahkan hadis ini bhw Ibnu Khuzaimah mengatakan hadis al-Thauban itu maudu'. Akan tetapi Ibnul Qayyim ada mendengar dari Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah bahawa di sisiku hadis ini tentang doa yang dibacakan oleh imam (dalam sembahyang) untuk dirinya dan para makmun, seperti doa qunut dan sebagainya. Namun begitu, al-Mubarakapuri tidka bersetuju dgn Ibn Khuzaimah. Dia megnatakannya hasan sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Tirmizi. al-'Azizi berkata: "Ini (doa dalam bentuk ramai) dalam doa qunut sahaja, bukan dalam doa iftitah, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan tasyahhud."

Maka jelas, jika kita menerima hadis ini dgn taraf hasan sekalipun, ia merujuk kpd doa2 yg mmg diajarkan oleh Nabi saw utk suasana ramai. adapun doa secara jamaah selepas solatul bukanlah satu amalan dari nabi saw. apatah lagi jika amalan itu berterusan sehingga menjadi satu amalan tetap.

Ust Basri iaitu pensyarah kusza ada menyebut dalam salah satu bukunya, bhw pada ketika jamaah sedang berdoa secara jamaah, berdoalah kita secara sendirian bagi mengelak dari tohmahan org. Lgpun berdoa slps solat mmglah disunatkan. Hanya saja doa berjamaah itu tidak. WA.

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0019: Masalah Sekitar Solat Jumaat

Assalamu’alaikum.

JKK Ustaz Gayat diatas jawapan diatas.

WA, wassalam

خيرالأمين