SJ-05-0024 : Solat berjemaah kali -2 di masjid jami'

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0024 : Solat berjemaah kali -2 di masjid jami'

Assalamua'laikum whk...

petikan dari topic sebelumnya::

Saya ingin minta penjelasan dari ahli panel tentang tajuk di atas.
Katakan selepas solat zohor, saya dan 5 org rakan baru sampai masjid. adakah kami patut melakukan solat zohor berjemaah atau solat persendirian??

wassalam...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-05-0024 : Solat berjemaah kali -2 di masjid jami'

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr azfnd dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Al-Hafiz Imam Nawawi rh didalam Kitab Majmu' mengatakan bahawa kesemua ulama' bersetuju bahawa boleh melakukan solat berjemaah bebarapa kali jika masjid tersebut tidak mempunyai Imam Raatib (Imam tetap bergaji). Akan tetapi ulama' khilaf didalam hukum melakukan solat jemaah yang kedua bagi masjid yang mempunyai Imam Raatib.

Jumhur fuqaha' dari kalangan mazhab Hanafi, Syafie dan Maliki tidak menyukai (makruh) akan Solat berjemaah yang diadakan selepas Imam Raatib selesai melakukannya. Hukum ini thabit dari hadith Nabi saw :-

ÃÞÈá ãä äæÇÍí ÇáãÏíäÉ íÑíÏ ÇáÕáÇÉ¡ ÝæÌÏ ÇáäÇÓ ÞÏ ÕáæÇ¡ ÝãÇá Åáì ãäÒáå ÝÌãÚ Ãåáå ÝÕáì Èåã
"Dia datang dari pinggiran Madinah dan ingin melakukan solat, kemudian mendapati manusia telak menunaikan solat, kemudian di kembali kearah rumahnya dan mengumpul keluarganya bersolat bersama-sama mereka" - [berkata Al-Haithami ; hadith riwayat Thabraani didalam Al-Kabir wa Aushat, periwayatnya thiqah].

Mereka mengecuali Masjidil Haram kerana terlalu banyak pahalanya bersolat didalam masjid tersebut sebagaimana hadith Abu Hurairah ra.

Pada pandangan ulama' yang tidak membenarkan solat dilakukan secara berulang adalah kerana alasan mereka ialah ia akan mengurangkan lagi jemaah, kerana mereka tahu bahawa kalau terlambat datang mereka boleh menyertai kumpulan yang lain. Inilah yang dibenci oleh Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie, dan mereka juga mempunyai kenyataan yang khusus menerangkan perkara ini. Imam Al-Syafie rh sendiri sebagai contoh berpendapat bahawa :-

æáÇ ÃÍÈ Ãä íÕáæÇ Ýíå ÌãÇÚÉ ¡ ÝÅä ÝÚáæÇ ÃÌÒÃÊåã ÇáÌãÇÚÉ Ýíå ¡ æÅäãÇ ßÑåÊ Ðáß áåã áÃäå áíÓ ããÇ ÝÚá ÇáÓáÝ ÞÈáäÇ ¡ Èá ÞÏ ÚÇÈå ÈÚÖåã ¡ æÃÍÓÈ ßÑÇåíÉ ãä ßÑå Ðáß ã ãäåã ÅäãÇ ßÇä áÊÝÑÞÉ ÇáßáãÉ ¡ æÃä íÑÛÈ ÑÌá Úä ÇáÕáÇÉ ÎáÝ ÅãÇã ÇáÌãÇÚÉ ¡ ÝíÊÎáÝ åæ æãä ÃÑÇÏ Úä ÇáãÓÌÏ Ýí æÞÊ ÇáÕáÇÉ ¡ ÝÅÐÇ ÞÖíÊ ÏÎáæÇ ÝÌãÚæÇ ¡ Ýíßæä ÈåÐÇ ÇÎÊáÇÝ æÊÝÑÞ ÇáßáãÉ ¡ æÝíåãÇ ÇáãßÑæå ¡ æÅäãÇ ÃßÑå åÐÇ Ýí ßá ãÓÌÏ áå ÅãÇã æãÄÐä
"Saya tidak menyukai mereka bersolat jemaah, walaupun mereka melakukannya dengan ganjaran jemaah didalamnya, kerana sesungguhnya aku benci cara begitu kerana sesungguhnya perbuatan itu bukan dari kalangan salaf sebelum kami, bahkan sebahagian mereka mencelanya. Saya mempunyai alasan membenci kerana ia akan memecah belahkan kata-kata. Saya tidak gembira dengan mereka yang tidak mahu bersolat dibelakang Imam berjemaah, lalu bersama yang lain menangguhkan bersolat semasa waktu diadakan solat. Dan setelah selesai solat, mereka masuk dan mendirikan jemaah (lain). Perkara ini yang menimbulkan perselisihan dan memecah belahkan kata-kata. Maka pada kedua-duanya adalah MAKRUH. Sesungguhnya aku tidak suka perkara berlaku didalam setiap masjid yang ada didalamnya Imam dan Muazzin yang tetap" (Al-Umm 1/136)

Bagi mazhab Hanbali pula mereka tidak membenci jemaah yang melakukan solat berjemaah yang berulang, lebih baik lagi jika tiada kedapatan Imam Raatib, dengan alasan solat berjemaah ini mempunyai banyak fadhilatnya (dituntut) sebagaimana sabda Nabi saw bahawa solat berjamaah melebihi 25 darjat dari solat bersendirian dan didalam riwayat yang lain dari al-Bukhaari dan Muslim bahawa solat berjemaah melebihi 27 darjat.

Bagi kumpulan lain yang membenarkan bersolat berjamaah berulang mengambil dalil dari Abu Sa'ed al-Khudri ra yang berkata :

Ãä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÃÈÕÑ ÑÌáÇð íÕáí æÍÏå ÝÞÇá : " ÃáÇ ÑÌáñ íÊÕÏÞ Úáì åÐÇ ÝíÕáí ãÚå " ÝÞÇã ÑÌá ÝÕáì ãÚå
"bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki bersolat berseorangan dan berkata, 'Tidakkah sesiapa mahu melakukan sedekah keatas orang tersebut dan bersolat dengannya?" Maka seorang bangun dan bersolat dengannya." - [Hadith riwayat Ahmad didalam Musnadnya, Abu Daud didalam Sunannya].

Al-Tirmudzi mengatakan bahawa hadith ini hasan. Hadith ini juga diriwayatkan dan dikelaskan sebagai sahih oleh al-Hakim, dan al-Zahabi mempersetujuinya. Ia juga diriwayatkan oleh Ibn Hazm didalam al-Muhalla, dan beliau menyatakan ianya sahih. Al-Tirmudzi mengatakan :

æåæ Þæá ÛíÑ æÇÍÏò ãä ÇáÕÍÇÈÉ æÇáÊÇÈÚíä ¡ ÞÇáæÇ : áÇ ÈÃÓ Ãä íÕáí ÇáÞæã ÌãÇÚÉ Ýí ãÓÌÏ ÞÏ Õáí Ýíå ÌãÇÚÉ ¡ æÈå íÞæá ÃÍãÏ æÅÓÍÇÞ . æÞÇá ÂÎÑæä : íÕáæä ÝÑÇÏì ¡ æÈå íÞæá ÓÝíÇä æÇÈä ÇáãÈÇÑß æãÇáß æÇáÔÇÝÚí ¡ íÍÊÇÑæä ÇáÕáÇÉ ÝÑÇÏì
"Ini adalah pandangan lebih dari satu Sahabat dan Tabi'en. Mereka mengatakan : tidak ada salahnya bagi mereka yang melakukan solat jemaah dimasjid yang telah melakukan solat jemaah. Ini adalah pandangan Ahmad dan Isyak. Berkata mereka yang lain : Solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Sufyan, Ibn Mubarak, Maliki dan Syafie."

Ulama' dari Lajnah Al-Daa'imah Arab Saudi mengatakan bahawa pandangan yang membolehkan bersolat jemaah bagi masjid yang telah melakukan solat jemaah adalah merupakan pandangan yang lebih benar. Ini berdasarkan makna umum ayat firman Allah swt :-

ÝóÇÊøóÞõæÇ Çááøóåó ãóÇ ÇÓúÊóØóÚúÊõãú
"Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya)" - [al-Taghaabun 64:16]

dan juga hadith Nabi saw :

ÅÐÇ ÃãÑÊßã ÈÃãÑ ÝÃÊæÇ ãäå ãÇ ÇÓÊØÚÊã
"Apabila aku mengarahkan kamu melakukan sesuatu, lakukanlah sejauh mana yang kamu mampu"

Al-Lajnah al-Daa'imah didalam fatwa nombor 2583 menyatakan bahawa :

æáÇ íÕÍ Ãä íÚÇÑÖ ÇáäÞá ÇáÕÍíÍ ÈÚáá ÑÂåÇ ÈÚÖ Ãåá ÇáÚáã æßÑåæÇ ÊßÑÇÑ ÇáÌãÇÚÉ Ýí ÇáãÓÌÏ ãä ÃÌáåÇ ¡ Èá íÌÈ ÇáÚãá ÈãÇ ÏáÊ Úáíå ÇáäÞæá ÇáÕÍíÍÉ ¡ ÝÅä ÚõÑÝ Úä ÃÍÏ Ãæ ÌãÇÚÉ ÊÃÎÑ áÅåãÇá æÊßÑÑ Ðáß ãäåã Ãæ ÚÑÝ ãä ÓíãÇåã æäÍáÊåã Ãäåã íÊÃÎÑæä áíÕáæÇ ãÚ ÃãËÇáåã ÚõÒÑæÇ æÃõÎÐ Úáì ÃíÏíåã ÈãÇ íÑÇå æáí ÇáÃãÑ ÑÏÚÇð áåã æáÃãËÇáåã ãä Ãåá ÇáÃåæÇÁ æÈÐáß íÓÏ ÈÇÈ ÇáÝÑÞÉ ¡ .
"Tidaklah betul menentang riwayat dengan pandangan sebahagian ulama' yang memberi pandangan bahawa mengulangi solat berjemaah di masjid adalah makruh dengan hanya menggunakan fikiran yang rasional semata-mata. Malah kita hendaklah menggunakan riwayat yang sahih. Jika diketahui terdapat kumpulan atau seseorang yang sengaja melewatkan solat kerana kelalaian, dan melakukannya selalu, atau diketahui dari perangainya, atau menceburkan diri dengan kumpulan yang lain yang juga melewatkan solat, mereka hendaklah di tentang atau dikenakan tindakan disiplin dengan cara yang bersesuaian, sebagai penghalang kepada mereka yang suka mengikut kehendak nafsu dan keinginan sendiri. " [Fatawa al-Lajnah al-Daa'imah 7/309-311].

Disamping dikalangan ulama' membenarkan dilakukan solat jemaah yang ke2, disebabkan keuzuran yang tidak sengaja, ia bukanlah menjadi sebab untuk tidak menyertai Imam Raatib yang telah dipilih. Ia bukanlah menjadi alasan agar seseorang itu hanya akan bersolat dengan kumpulan tertentu sahaja disebabkan oleh fahaman politik, persatuan, pegangan, parti dsb. Keutamaan solat diawal waktu bagi yang tidak uzur adalah satu keutamaan. Imam Syafie melarang keras mereka yang sengaja menunggu Imam Raatib selesai solat dan menunaikannya jemaah yang lain dengan kumpulan-kumpulan tertentu sahaja. Jika terdapat keuzuran yang mengaikbatkan lambat sampai ke masjid, tidak menjadi halangan diadakan jemaah yang lain sepertimana yang dinyatakan oleh Ishak dan Imam Ahmad. Alasan tidak sama fikrah, politik, pandangan, kumpulan dsb tidak harus timbul bagi melewatkan diri ke masjid atau mengelakkan diri dari bersolat dibelakang Imam Raatib. Ulama' membenarkannya oleh kerana terdapat keuzuran (seperti musafir) dan juga fadilat yang besar terkandung didalam solat berjemaah, dan bukannya bertujuan memecah belahkan umat. Keutamaan masih diberikan kepada bersolat dibelakang Imam Raatib jika tidak dapat keuzuran. WA.

wassalam
===========
Rujukan :

1. Markas Fatwa Dr Abdullah. ãóÇ æóÑóÏó Ýóí ÊóßúÑóÇÑõÇáÌóãóÇÚóÉö Ýí ãóÓúÌöÏò ÞóÏú Õõáøöíó Ýöíåö ãóÑøóÉð. url : http://www.islamweb.net/php/php_arabic/ShowFatwa.php?lang=A&Id=16055&Option=FatwaId

2. Fataawa al-Lajnah li al-Buhuth Al-'Alamiyah wa al-Iftaa' - 7. (Bab : ÅÞÇãÉ ÌãÇÚÉ ÃÎÑì Ýí ÇáãÓÌÏ ) cetakan ke 3. Riyad : Daar Al-Muayyad, 2000. ms 309-311.

خيرالأمين