SJ-05-0082 : Kuatkan bacaan dalam sembahyang

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0082 : Kuatkan bacaan dalam sembahyang

Akum semua

Salam perkenalan daripada saya.

Harap maaf jika ini soalan ulangan. Tapi saya dah cek, tak jumpa.

Saya nak tanya apa hukum menguatkan bacaan dalam sembahyang dengan menggunakan mikrfon sehingga satu taman dapat mendengarnya?Contohnya di sini sembahyang maghrib berjemaah di masjid dan bacaan seperti al-fatihah diperdengarkan dengan mikrofon ke seluruh taman

Wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0082 : Kuatkan bacaan dalam sembahyang

:wassalam

Jawab:

Ini adalah ijtihad segelintir manusia yg lebih hebat dari salaf yg juga menggunakan formula : Tidak ada larangan khusus mengeraskan bacaan ke seluruh taman, maka apa salahnya, niatnya supaya seluruh taman itu akan bangkit keinsafan utk datang ke mesjid, maka disiarkan bacaan itu keseluruh taman.

Pakar sunnah muhammadian, antaranya Syaikh asSyaqiri dalam Sunan wal Mubtadi'at, perbuatan menyiarkan bacaam alQur:an, zikir dan berdo'a dgn suara keras hingga mengganggu keseluruhan tempat itu tidak syak lagi adalah perbuatan bid'ah.

sekian