SJ-05-0128 : sujud lama-lama

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0128 : sujud lama-lama

Ana ade kemusykilan tentang sujud, boleh ke makmum dlm sujud lama2 atas tujuan ingin dapat barakah untuk berdoa ketika dalam sujud terakhir , tetapi kondisinya sedang solat berjemaah bersama imam, sampai2 imam dah beri salam baru makmum tu bangun dari sujud, adakah perbuatan ini menjejaskan pahala solat berjemaah atau adakah perbuatan ini iaitu sujud lama2 wajar kita lakukan ketika solat berjemaah ataupun ade had masa untuk kita sujud dan berdoa dlm sujud terakhir sekalipun sedang solat berjemaah? Harap panel al-ahkam dapat jelaskan beserta dalil2 yang sesuai mudah2an menjadi manfaat bersama. Syukran jazilan kathiran.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0128 : sujud lama-lama

alJawab:

1. Perbuatan sengaja melambatkan diri kerana lama bersujud dan tertinggal dari Imam itu dinamakan 'taakhur'. Hukumnya menurut ulama salafiyah ialah bercanggah dengan etika makmum dgn Imam dan hadith Bukhari-Muslim (Imam itu dijadikan untuk diikuti)

2. kekeliruan berdo'a ketika sujud.

Memang diakui dianjurkan berdo'a bersungguh-sungguh ketika sujud) tapi ia bersifat umum. Jika anda berdoa itu menyebabkan anda tidak patuh kepada Imam (tertinggal), maka lakukanlah sujud yang lama itu bila kita solat sendirian (tahajjud misalnya). Ini kerana Imam solat jama'ah terpaksa melakukan pergerakan yang sesuai untuk kepentingan makmum yang pelbagai ragam. sekian :aklam