SJ-05-0136 : Soalan kiraan waktu solat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0136 : Soalan kiraan waktu solat

Assalamualaikum...

Saya ingin bertanya tentang beberapa kaedah kiraan waktu solat yang dilakukan.

i. Isya' mengikut kaedah Shafaqul Ahmar (hilangnya cahaya merah) dan Shafaqul Abyad (hilangnya cahaya merah sepenuhnya)
ii. Asar menurut mazhab hanafi, yakni apabila bayang-bayang adalah 2 kali ganda panjang objek berbanding mazhab lain.

Apakah dalil dan manakah yang lebih kuat di antara yg di sebut di atas..jzakallah khair

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0136 : Soalan kiraan waktu solat

:wassalam

alJawab:

Pertama, kema'afan dipinta kerana soalan ini sudah lama terdampar dalam bank soalan. Kami kekurangan tenaga panelis di samping gangguan kelembapan pada laman web al-ahkam. Kami juga menganggap ia bukan 'urgent' memandangkan umat Islam telah bertaqlid dgn jadual solat yang dikeluarkan oleh jakim tanpa perlu mengetahui bagaimana waktu itu dihisab.

i) menentukan syafaqul ahmar (hilangnya cahaya merah) dan syafaqul abyad (hilangnya cahaya putih atau hilangnya syafaq merah secara total):

Jumhur kecuali Hanafi mengatakan bila syafaq ahmar. (alMajmu' 3/45)

pendapat yang rajih ialah pendapat jumhur.
alasan:
Ini kerana syafaq abyad tidak muncul hinggalah ewat sepertiga malam awal (nayl alawthor:2/16) dan juga hadith Bukhari dan Muslim dari Aisyah bahawa para sahabat solat Isyaa' antara hilangnya syafaq (ahmar) hingga sepertiga malam pertama.

2) masuknya waktu asar:

Lagi sekali pendapat jumhur kecuali Hanafi adalah lebih rajih.
dalilnya:
Dari Abdullah bin Amr ra, " waktu Zuhur dimulai bila tergelincirnya matahari hingga bayang2 seseorang sama dgn tingginya selama belum masuk waktu asar. " [Muslim, #612] (Ibn Qudamah, alMughni: 1/375. Khatib Syarbini, Mughni Muhtaj: 1/121) sekian