SJ-05-0172 : Qiamulail...(berjemaah)

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0172 : Qiamulail...(berjemaah)

:salam

ana nak tanya,sebab ana ni nak tau kebenarannya jugak,apekah qiamulail secara berjemaah dibenarkan?kalau ya, bleh kemukankan dalil2 @ hadis tak?budak baru nak belajar..wa..

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0172 : Qiamulail...(berjemaah)

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan myzyruz dengan kadar kemampuan / kekurangan yang ada, Insya-Allah.

Nabi :saw melakukan Qiyaamulail (bukan dalam bulan Ramadhan) dirumahnya, dan pernah disertai oleh Ibn Abbas, Ibn Mas'ud dan Hudhaifah ibn al-Yamaan. Berkata Ibn Abbas ra. :-

ÈöÊøõ ÚöäúÏó ÎóÇáóÊöí ãóíúãõæäóÉó áóíúáóÉð ÝóÞóÇãó ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ãöäú Çááøóíúáö ÝóáóãøóÇ ßóÇäó Ýöí ÈóÚúÖö Çááøóíúáö ÞóÇãó ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÊóæóÖøóÃó ãöäú Ôóäøò ãõÚóáøóÞò æõÖõæÁðÇ ÎóÝöíÝðÇ íõÎóÝøöÝõåõ ÚóãúÑñæ æóíõÞóáøöáõåõ æóÞóÇãó íõÕóáøöí ÝóÊóæóÖøóÃúÊõ äóÍúæðÇ ãöãøóÇ ÊóæóÖøóÃó Ëõãøó ÌöÆúÊõ ÝóÞõãúÊõ Úóäú íóÓóÇÑöåö æóÑõÈøóãóÇ ÞóÇáó ÓõÝúíóÇäõ Úóäú ÔöãóÇáöåö ÝóÍóæøóáóäöí ÝóÌóÚóáóäöí Úóäú íóãöíäöåö Ëõãøó Õóáøóì ãóÇ ÔóÇÁó Çááøóåõ Ëõãøó ÇÖúØóÌóÚó ÝóäóÇãó ÍóÊøóì äóÝóÎó Ëõãøó ÃóÊóÇåõ ÇáúãõäóÇÏöí ÝóÂÐóäóåõ ÈöÇáÕøóáÇÉö ÝóÞóÇãó ãóÚóåõ Åöáóì ÇáÕøóáÇÉö ÝóÕóáøóì æóáóãú íóÊóæóÖøóÃú ÞõáúäóÇ áöÚóãúÑòæ Åöäøó äóÇÓðÇ íóÞõæáõæäó Åöäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÊóäóÇãõ Úóíúäõåõ æóáÇ íóäóÇãõ ÞóáúÈõåõ ÞóÇáó ÚóãúÑñæ ÓóãöÚúÊõ ÚõÈóíúÏó Èúäó ÚõãóíúÑò íóÞõæáõ ÑõÄúíóÇ ÇáÃóäúÈöíóÇÁö æóÍúíñ Ëõãøó ÞóÑóÃó Åöäøöí ÃóÑóì Ýöí ÇáúãóäóÇãö Ãóäøöí ÃóÐúÈóÍõßó " ÑæÇå ÇáÈÎÇÑí
dir="ltr">"Aku bermalam di rumah Mak Cikku Maimunah. Nabi :saw tidur disebahagian malam, dan semasa malam tersebut baginda bangun dan melakukan wudhu' ringkas dari takar kulit yang tergantung, dan selepas itu dia bersolat. Aku juga melakukan wudhu' yang sama, kemudian aku pergi berdiri disebelah kirinya. Kemungkinan Sufian berkata, disebelah kirinya dan dia membawaku ke kanan. Dia bersolat sebanyak yang Allah kehendaki. Kemudian baginda baring semula sehinggakan bunyi pernafasannya boleh didengari. Kemudian, muazzin datang kepada beliau dan memberitahu bahawa waktu solat telah masuk. Nabi :saw pergi bersamanya untuk solat tanpa mengambil wudhu' yang baru. Sufian berkata kepada 'Amr bahawa ada orang berkata : Mata Rasulullah :saw tidur akan tetapi hatinya tidak tidur. 'Amr berkata : Aku mendengar Ubaid bin Umayr berkata bahawa mimpi Nabi :saw adalah wahyu, dan beliau membacakan surah (al-Saffaat : 102) : Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu;" [Hadith Riwayat al-Bukhari : #138].

Hadith diatas menjelaskan akan kebenaran melakukan Solat Malam (Qiyaamulail) secara berjemaah. Cuma apa yang dijelaskan oleh Syiekh Ibn Utsaimin rh. adalah, Nabi :saw tidak memanggil jemaah untuk melakukan Solat Malam bersamanya dan baginda tidak melakukan solat Malam di masjid. [Sharh al-Mumthi' 'ala Zaadil Mustaqni', 4/ 82]. Secara resminya, Nabi :saw tidak melakukan Solat Malam berjemaah di masjid.

Syiekh Ibn Taimiyah rh. mengatakan bahawa terdapat dua jenis Solat Sunat :-

a. Solat sunnat yang sentiasa di lakukan secara berjemaah eg: Qiyaam al-Ramadhan / Tarawih, Solat Eid, Solat Istisqa', Solat Gerhana dsb,

b. Solat sunnat yang dilakukan secara berseorangan seperti Solat ba'diyah, Qabliyah, Dhuha dsb Nabi :saw yang dilakukan secara berseorangan.

Ibn Taimiyah rh. mengatakan bahawa solat sunnat (b) jika dilakukan sekali-sekala secara berjemaah tidaklah salah. [Fataawa al-Kubra].

Kesimpulannya, dibenarkan melakukan Solat Malam berjemaah berdasarkan hadith diatas. Bagi solat2 sunnat lain, pastikan terdapatnya petunjuk dari Nabi :saw. WA.

sekian, wassalam

خيرالأمين