Askm,
boleh tak para panel Ahkam terangkan kaedah fiqh ' yang saya selalu dengar dari kuliah SS MAZA ' di mana beliau menerangkan ttg solat hormat waktu ' beliau berkata 'kalau tak buat solat sah , maka apa perlu ia dilakukan ....' , soalan saya adakah kaedah ini boleh di aplikasikan dalam perkara lain dalam fiqh ibadah contoh nya tertinggal sujud sahwi atau lain 2?
wallahualam
Ana tidak faham soalan ini pasal kaedah feqah yg anda maksudkan itu Mungkin kena ajukan sendiri kepada SS. Adapun menyentuh bab Solat hormat waktu yg diajukan itu adalah termasuk solat bid'ah dan Muzakarah Haji kebangsaan telahpun memansuhkan pelaksanaan solat hormat waktu bagi jemaah Haji Malaysia di atas kapalterbang. Isu solat hormat waktu sering berkemundang dalam kursus Haji kerana isu 400++ jemaah Haji di atas pesawat sewa khas yang tidak dapat menggunakan tandas pesawat (sebagai tempat berwudhu') untuk menunaikan solat ketika penerbangan terus KLIA-Jeddah. WA