SJ-05-0206 : Cara rukuk dlm Solat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0206 : Cara rukuk dlm Solat

:salam

Minta dihuraikan cara Rasulullah SAW ruku' dlm solatnya, iaitu posisi belakang baginda, posisi kepala, tangan dan sebagainya.

Salam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0206 : Cara rukuk dlm Solat

:salam

RAsulullkah saw bersabda, "Apabila engkau rukuk, hendaklah engkau meletakkan dua tapak tangan engkau ke atas lutut engkau. Kemudian enggau renggangkan antara jari2 tangan engkau. Kemudian engkau menanti seketika sehingga setiap anggota engkau berada pada tempatnya."[HR Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban]

Dalam hadis yg lain mengatakan bhw Nabi saw menekan kemas tangannya kpd dua lututnya.[HR Bukhari dan Abu Dawud]

Bukhari dan al-Baihaqi meriwayatkan hadis menyatakan apabila Baginda saw rukuk, beliau meluruskan belakangnya dan meratakannya. Dalam hadis yg lain riwayat Ibn Majah, Ahamad dan lainnya mengatakan bhw lurusnya belakang Nabi saw ketika rukuk, sehinggakan seandainya dicurahkan air atasnya, tidak akan jatuh ke bawah.

Manakala kepala Nabi saw, tidaklah ia menegak dan tidak pula meninggikannya iaitu kepalanya separas dgn belakangnya.[HR Muslim]

sekian. WA.

:wassalam

Cth Sembahyang Rasulullah saw
Sheikh al-Albani
Diterjemahkan oleh Sheikh Abdullah al-Qari