SJ-05-0211 : solat jenazah ghaib

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0211 : solat jenazah ghaib

Bismillahi walhamdulillah,

Soalan buat syeikh2 di al-ahkam sekalian.Bagaimana caranya solat jenazah ghaib dilakukan? Perlukah kita mendapat confirmation bahawa jenazah dah dikafan baru boleh solat jenazah ghaib..ataupun boleh terus solat selepas dapat berita?

Afwan kalau soalan ni dah dijawab.Cuba cari tapi x jumpa.
Wallahua'lam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0211 : solat jenazah ghaib

Soal-jawab ringkas kerana sudah dijawab sebelum ini.

Pertama: bagaimana status solat ghaib dalam fiqh al-janaiz?

Fuqaha' berbeda pendapat mengenai status solat ghaib.
madzhab Hanafi dan Maliki melarang dilakukan solat ghaib kerana ia khusus buat Nabi saw shj.
madzhab Syafi'iy dan Hanbali membolehkan

para muhaqqiqin spt Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dan muridnya Ibn Qayyim membuat kesimpulan berikut:

Jika mayyit itu mayyit orang Islam yang meninggal di negara kafir, tidak ada umat Islam di situ yg menguruskannya dan ia ditanam mengikut prosedur negara tsb, maka ketika itu bolehlah dilakukan solat ghaib. Jika ia meninggal dan ada komuniti di negara itu yg sudah melakukan segala hukum hakam jenazah mengikut syari'at, maka muslim di negara lain tidak usah solat atasnya lagi. (Zaad al-Ma'ad, 1/415) al-Albani (ahkam aljanaiz) mendokong pendapat Ibn taymiyah. Kata al-Albani, jika ada sedara kita yg meninggal di Mekah semasa musim haji dan mayat itu akan dibawa ke mesjidil haram dan disolati oleh 1 juta orang, maka apakah kita perlu lagi solat ghaib untuknya??

Jika kita ingin mengikuti pendapat madzhab Syafi'iy yang disokong oleh Ibn Hazm dan disokong oleh Sayyid Sabiq, pengarang kitab Fiqh Sunnah, maka anda boleh solat ghaib kepada mayyit yg mati di negara lain. Caranya kata Ibn hazm, digalakkan secara berjamaah, mengadap kiblat dan solat sama cara dan jazm nya spt solat jenazah yang biasa (4 takbir) sekian