SJ-05-0238 : Kitab Sahih Shalat Nabi VS Sifat Solat Nabi?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0238 : Kitab Sahih Shalat Nabi VS Sifat Solat Nabi?

Tajuk asal : Kitab Sahih Shalat Nabi VS Sifat Solat Nabi-mana yg benar

:salam Kitab Shahih Shifat Shalat an- Nabi karya Hassan bin Ali As-Saqqaf dan sifat Solat Nabi saw yang mana betul.

Apabila kita membaca kedua-dua kitab ini seolah-olah kitab karangan Hasan As Saqqaf lah yang paling sahih atau benar cara Muhammad saw bersolat.Apatah lagi jika dilihat tajuknya. Sebaliknya kitab Sifat Solat Nabi karya Al Albani ada beberapa kesalahan. Saya telah membaca dan memahami kitab Sifat Solat Nabi karangan Al Albani yang mememuatkan dalil-dalil hadits Nabi saw bagi menguatkan hujah beliau.

Kini saya membaca sebuah kitab yang mendakwa kitab PALING SAHIH, PALING BENAR cara Nabi bersalat. Saya membaca baris demi baris, bab demi bab terutama bab-bab yang bercanggah dengan kitab Al Albani. Saya ingin pastikan siapakah yang paling benar hujah berdasar Quran dan Hadits.

Bab-bab yang yang bercanggahan seperti:-

• Niat -galakkan lafaz,qias ibadat haji
• Tempat Letak Tangan Atas Dada
• Sunat Perempuan merapat kedua-dua tangan
• Menggerak atau tidak menggerak jari telunjuk.
• Qunut dalam Solat Subuh
• Sunat Menjahar Zikir secara berjamaah
• Lafaz Salawat ada “ Saiyidina” paling sahih
• Hadis “ Aku Tinggalkan Pada Kamu dua Pusaka –Kitab Allah dan Ahlul Baits.

Bab-bab yang diatas hampir sama sahaja dengan kitab-kitab perukunan sembahyang yang orang Melayu dan kitab cara solat yang lain. Bab-bab ini membela dan menyokong amalan beragama di Nusantara. Tidak hairanlah kitab karya Hassan Bin As Saqqaf telah menjadi rujukan untuk membetulkan amalan golongan yang beramal berpandu kitab Sifat Solat Nabi karya Al Al Baani.

Minta penjelasan lanjut mengenai kitab tersebut.
:wassalam

SJ-05-0238 : Kitab Sahih Shalat Nabi VS Sifat Solat Nabi?

:wassalam

al-Jawab:

Anda hendaklah mengutamakan kitab Sifat Solat Nabi al-Albani ke atas Sahih Sifat Solat Nabi karya Hasan Saqqaf. Ini kerana Syaikh Hasan Saqqaf menulis bukunya itu untuk membantah (radd) kitab al-Albani sedangkan alSaqqaf (Ulama' Jordania) ini terkenal memusuhi al-Albani dan manhaj salafiyah. Syaikh Saqqaf juga tertuduh menganut aliran syi'ah dan terbukti pada penghujung kitab Sahih Sifat Solat Nabi dia menonjolkan kesyi'ahannya. sekian