SJ-05-0305 : hukum tak solat jumaat selama 3 hari berturut

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0305 : hukum tak solat jumaat selama 3 hari berturut

assalam mualaikum wrt. saya ada soalan yang nak ditanya berserta dalil, insyAllah.ada seorang pemandu van sekolah, yang berkerja mengangkat pelajar sek cina, maklumlah sek cina ni walaupun hari jumaat dia balik tetap kul satu.so, pemandu ni pn minta tolong 2 org kawan dia utk mengangkut pelajar2 itu setiap hari jumaat , dan apa yang berlaku dia masih lewat juga menyelesaikan kerjanya.sehingga telah tinggalkan solat jumaat , yakni hanya solat zohor saja, dan perkara ini telah berlaku selama 3 minggu berturut2. so, masalahnya apa kah hukum org yang telah meninggalkan solat jumaat selama 3 minggu berturut2?sebab sebelom ni pernah terdengar hukumnya kafir.mintak penjelasan. syukran.

SJ-05-0305 : hukum tak solat jumaat selama 3 hari berturut

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Solat jumaat fardhu ain atas setiap mukallaf lelaki yang bermukim.
- Firman ALlah: "Wahai orang2 beriman, apabila diserukan kepada solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kepada mengingati ALlah, dan tinggalkan jual beli". (surah al-Jumuah).

-Sabda Nabi SAW: "Hendaklah kaum yang meninggalkan jumaat, berhenti (dari amalan meninggalkan solat jumaat), ataupun Allah mengecop atas hati2 mereka, lalu menjadi orang2 yang lalai". HR Muslim (no: 865)

Tidak diberi uzur melainkan kepada empat golongan, iaitu:
- hamba
- wanita
- kanak-kanak
- orang sakit

Sabda Nabi SAW: "Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim secara jemaah, melainkan empat; hamba, wanita, kanak-kanak dan orang sakit".
HR Abu Daud (no: 1069).

Oleh itu, meninggalkan jumaat secara sengaja tanpa uzur syar'ie yang dibenarkan (spt sakit, musafir) adalah berdosa, dan jika dilakukan secara berterusan beberapa kali, akan dimaterikan hati sebagaimana hadis:

"Sesiapa meninggalkan tiga kali Jumaat kerana mengambil mudah, maka Allah mematerikan hatinya". HR: Abu Daud (no: 1054).

Tetapi, meninggalkan solat Jumaat tidaklah sehingga jatuh kafir menurut pendapat majoriti ulama, sekalipun sampai tiga kali.

Wallahu A'lam.