SJ-05-0344 : solat jenazah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0344 : solat jenazah

akm ana nak tanya ttg slt mayat.kalau masbuk pada tgh2 slt, ba'da slt kena tambah takbir utk genapkan 4 takbir atau x prlu?wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0344 : solat jenazah

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Hukumnya sama seperti tertinggal beberapa rakaat didalam Solat biasa. Menurut Syiekh Utsaimin rh. – Apabila Imam member salam, hendaklah dia menambah bilangan takbir yang tertinggal. Walaubagaimana pun, menurut ulama Hanbali, jika ditakuti bahawa mayat tersebut akan diangkat, maka seseorang itu mempunyai pilihan samada melakukan salam bersama Imam atau menambah takbir yang tertinggal. [70 Su’aalan fi Ahkaam al-Janaa’iz, ms 13].

Didalam fatwa yang dikeluarkan oleh al-Lajnah al-Daaimah (8/399), dia boleh membaca bacaan didalam solat itu secara minima – seperti didalam takbir ke 2 membaca – Allahuma salli ‘ala Muhammad, takbir ke 3 membaca – Allahumarghfirlahu dan Takbir ke 4 memberi salam.

Sekian, wassalam

خيرالأمين