SJ-05-0382 : lanjutanSJ-05-0376 : Tentang solat jemaah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0382 : lanjutanSJ-05-0376 : Tentang solat jemaah

Quote:
Sembahyang dan Jumaat - SJ-05-0376 : Tentang solat jemaah : Mana lebih utama
syahrezan - July 16, 2008 - 04:01 PM
Post subject: SJ-05-0376 : Tentang solat jemaah : Mana lebih utama 1. Solat di surau kampung sendiri (kampung) di waktu zohor/asar tetapi tak ada orang solat. Separuh masa, dialah azan, dialah solat sorang2. Separuh masa lagi, ada jemaah 2-3 orang. At least, surau kampung tu ada azan dan solat jemaah 5 waktu, walaupun sorang2; dan lepaslah fardu kifayah kampung tu. At least, orang2 kampung yang teragak nak turun solat boleh expect disurau pasti ada orang dan pasti ada solat jemaah.

2. Maka dia pun solat di surau kampung sebelah, atas alasan nak pahala jemaah yang lebih besar. Maka jika ada org kampung yang nak turun solat, tak dapat solat kerana surau selalu berkunci dan tak ada orang. Maka terpahat di kepala orang kampung, waktu zohor dan asar mesti takada orang dan surau berkunci.

soalannya, yang mana lebih aula? 1 atau 2? Abu_Umair - July 18, 2008 - 05:27 AM
Post subject: - Jika dia yang menjadi imam di masjid kampungnya, tetapi masjid kampungnya ada jemaah yang sedikit, maka tidak wajar dia bersolat di masjid kampung lain. Kerana ia akan menyebabkan tergendala jemaah di masjid kampungnya.

- Tetapi jika diyakini bahawa tidak ada orang lain yang akan bersolat jemaah dengannya, contohnya pada waktu Subuh memang tak akan ada orang yang akan datang ke masjid itu kecuali dirinya, maka dalam situasi ini, boleh lah dia ke masjid kampung sebelah untuk mendirikan solat secara jemaah. Inilah yang difatwakan oleh Syeikh Uthaimin r.h.m.

Wallahu A'lam

jika diyakini tak ada orang lain solat jemaah, dan dia pergi untuk mencari jemaah yang lebih besar, maka bagaimana tuntutan solat jemaah untuk kampung itu? maksud saya kalau dilihat solat jemaah itu sebagai fardu kifayah.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0382 : lanjutanSJ-05-0376 : Tentang solat jemaah

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Sepatutnya, mestilah ada didirikan juga jemaah dalam sebuah kampung, kerana kampung yang tidak ada jemaah akan mudah dikuasai oleh syaitan.

Sabda Nabi SAW:

ãÇ ãä ËáÇËÉ Ýí ÞÑíÉ æáÇ ÈÏæ áÇ ÊÞÇã Ýíåã ÇáÕáÇÉ ÅáÇ ÞÏ ÇÓÊÍæÐ Úáíåã ÇáÔíØÇä ÝÚáíßã ÈÇáÌãÇÚÉ ÝÅäãÇ íÃßá ÇáÐÆÈ ÇáÞÇÕíÉ

Maksudnya: Tidak ada tiga orang berada dalam sebuah kampung, atau pedalaman yang tidak didirikan solat di kalangan mereka, melainkan syaitan akan menguasai mereka. Maka hendaklah kamu bersama jemaah (dalam solat), kerana serigala hanya menyerang kambing yang terpencil.
Direkod oleh Abu Daud (no: 547) dan Nasai (no: 847). Kata Nawawi: Sanad sahih.

- Jika semua mereka meninggalkan syiar jemaah ini sehingga tidak dapat diadakan solat jemaah, maka seluruh mereka berdosa. (Bagi yang mengatakan ia fardhu kifayah).

Kata Imam Nawawi: Tidak gugur dosa mereka kecuali mereka mendirikan jemaah sehingga terserlah syiar ini. Jika ia sebuah kampung kecil, cukup didirikan di satu tempat. Jika ia kampung besar, wajib didirikan di beberapa tempat supaya dapat dilihat syiar ini. (Majmuk 4/185)

Wallahu A'lam.