SJ-05-0383 : Tinggal Jumaat Kerana Kerja

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0383 : Tinggal Jumaat Kerana Kerja

:salam

Ade seorang kawan yg sedang bekerja di France tanya pada saya tentang bagaimana nak solat jumaat di tempat kerjanya apabila dia kena travel dari tempat kerjanya ke bandar menaiki bas 30 minit kemudian berjalan kaki 20 minit. Di tempat kerja dia, hanya dia sorang je yg Muslim.

Kesukarannya lagi apabila susah mendapati bas pada waktu tengah hari utk ke bandar tadi (sebab bas hanya ada pada waktu pagi & petang sahaja) dan ade kemungkinan besar boleh tertinggal solat jumaat hanya disebabkan menunggu bas yg tak tentu akan tiba atau tidak.

Saya dah cuba cari tentang perkara ni, tapi tak jumpa dalam archive al-ahkam. Boleh bantu tak?

HambaAllah Yang Memakmurkan

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0383 : Tinggal Jumaat Kerana Kerja

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Sembahyang Jumaat adalah fardhu ain atas setiap mukallaf. Dinukilkan ijmak pada kewajipannya. Terdapat hadis-hadis yang memberi amaran keras kepada sesiapa yang meninggalkannya tanpa uzur syar'ie.

Kesibukan kerja dan iltizam dengan tugasan dunia tidak menjatuhkan kewajipan Jumaat. Kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Al-Khaliq. Dan satu sujud di hadapan Allah dalam solat Jumaat tidak boleh digalang ganti dengan segala kesibukan perkerjaan dunia.

Oleh itu, wajiblah ke atasnya hadir solat Jumaat dan tidak ada rukhsah atas alasan kerja. Walaupun dia terpaksa lewat masuk ke tempat kerja. Kerana waktu solat Jumaat adalah hak Allah yang mesti ditunaikan.

Yang dikecualikan dengan uzur syarak ialah orang-orang yang bertugas dalam sektor2 yang melibatkan kemaslahatan awam, seperti polis trafik, anggota keselamatan, doktor2 kecemasan dan seumpamanya. Apabila tiba gilirannya pada waktu solat Jumaat, maka diuzurkan kerana maslahat umum. (Fatwa Lajnah Daemah 8/189)

Wallahu A'lam.