SJ-05-0471 : Sebut 'AMIN' bersama atau selepas imam?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0471 : Sebut 'AMIN' bersama atau selepas imam?

sambungan;
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34430&highlight=amin&sid=9d1d60e7e08a377543e3bf7924d4b607

:salam

1- Kita kena ikut setiap langkah imam, tak boleh sama. Tetapi dalam kes melafazkan amin, boleh keturut sama dengan imam baca bacaan tu? Atau habis lebih awal (imam panjang dalam mad 'arid lissukun nya) . Atau perlu tunggu imam habis amiin baru amin (pelik)

2- Bagaimana dengan kes imam tak lafazkan amiin pun selepas al-fatihah, adakah makmum kena amiinkan jugak secara jahr

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0471 : Sebut 'AMIN' bersama atau selepas imam?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1- Menyebut 'Amin' disunatkan bersama-sama dengan imam. Ia difahami daripada lafaz hadis:

ÅÐÇ ÞÇá ÇáÅãÇã { ÛíÑ ÇáãÛÖæÈ Úáíåã æáÇ ÇáÖÇáíä } . ÝÞæáæÇ Âãíä

Maksudnya: Apabila imam membaca 'Ghairil Maghdhubi Alaihim Waladdhoollin', maka sebutlah 'Amin'.
Direkod oleh Bukhari (no: 749) dan Muslim (no: 415).

Berdasarkan hadis ini, jumhur berpendapat sebutan 'Amin' oleh makmum hendaklah bersama-sama dengan sebutan 'Amin' oleh imam.

Kata Imam Abu Muhammad al-Juwaini: Tidak disunatkan bersama-sama dengan imam melakukan perbuatan dalam solat, kecuali dalam perkara ini (makmum menyebut Amin bersama imam). (Fathul Bari 2/264).

2. Samada imam menyebut atau tidak menyebut 'Amin', makmum tetap disunatkan menyebutnya. Hadis di atas adalah jelas menunjukkannya.

Imam Haramain berkata: Sebutan Amin oleh makmum adalah kerana 'bacaan Fatihah imam', bukan kerana sebutan 'Amin' oleh imam. (Fathul Bari 2/264).

Jadi, asalkan imam selesai membaca Fatihah (yang terkandung doa di dalamnya) maka makmum disunatkan mengaminkan doa tersebut dengan menyebut 'Amin'.

Wallahu A'lam.