SJ-05-0498 : Tajwid bacaan amin

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0498 : Tajwid bacaan amin

:salam

Merujuk:
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/f6740c59e9730e0f4825738a00626c4b?OpenDocument

Bacaan A (2 harakat ) ....Min(4 atau 6 harakat) kan?

Kenapa website baheis tu restrict kepada 4 harakat sahaja?
Apakah salah bacaan ameen saya selama ni.. sebab Mad 'Arid Lissukun kan ke ada 6 harakat juga

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Tajwid bacaan amin

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه

- Perkataan AMIN, bukan daripada Fatihah. Ia adalah satu doa yang bermaksud 'Wahai Tuhan, perkenanlah'.

- Jika dinilai dari sudut tajwidnya, boleh dibaca dengan enam harakat, kerana ia dikira mad aridh lil sukun. Hukum mad ini boleh dipanjangkan maksimanya 6 harakat. Fuqaha mengatakan makruh melebihi 6 harakat, walaupun tidak membatalkan bacaan dan solat.

- Apa yang dijawab dalam web tersebut, mungkin Panel JAKIM hanya menyebut satu cara sahaja. Tetapi jika dimaksudkan tidak boleh menyebut kecuali dengan empat harakat, maka ia tidak benar.

Wallahu A'lam.