SJ-05-0544 : Dilemma pasangan hidup selepas solat istiqorah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0544 : Dilemma pasangan hidup selepas solat istiqorah

:salam

Bulan 11 tahun lps secara kebetulan sy ketemui kembali di facebook rakan sekolah dahulu yg sy tidak kenalinya dengan dekat tp sy tahu dia gadis yg baik melalui perwatakannya di sekolah. Ketika itu dia menduduki final year project di UIA dan masa tu kami telah saling cuba mengenali dgn lebih dekat antara satu sama lain melalui ym(yahoo messenger). Dari situ seolah-olah ada chemistry dan keserasian di antara kami berdua..masing2 dapat merasakan walaupun tidak pernah meluahkannya..dan kami masih menjaga batas2 syara’ dlm percakapan. Kami ada membincangkan soal pasangan bgaimana yg dikehendaki masing2, hala tuju hidup..sehinggalah kami merancang untuk berkahwin.

Apa yg dukacitanya..sy pernah ternampak gmbar dia memakai baju berlengan tiga suku di laman facebook nya dan sy telah bertanyakan dia akan hal itu dan dia telah berjanji akan betul2 menutup aurat setelah berkahwin dgn sy. Satu hal lagi yg membimbangkan sy..ideologi politik bapanya berbeza dgn sy n bapanya merupakan org kuat dlm parti itu(tidak perlu disebut parti mana).Sy bimbang akan ada krisis dgn bapanya suatu hari nnti. Bagaimanapun kakaknya mempunyai ideologi politik yg sama dengan sy tp hubungan kakaknya dengan bapanya agak dingin. Mengenai ideologi politik..dia berjanji akan mengikut sy kerana baginya isteri kena mengikut suami.

Sekarang kami masing2 telah baru bekerja dan ke arah memikirkan untuk membina rumah tangga. Sebelum melanjutkan membincangkan soal kahwin dengannya..sy telah lakukan solat istiqorah..dlm seminggu apa yg telah sy dpt adalah hati sy cenderong mengatakan yg dia bukanlah calon isteri untuk sy. Setelah itu..sblum sy ingin memberitahunya..sy telah solat hajat agar Allah SWT memisahkan sy dan dia secara baik..dan smoga dia dpt menerimanya dengan baik dan tenang. Setelah beberapa hari sy solat hajat dan belum lagi memberitahunya, dia telah melayan sy dengan sgt baik melalui telefon dan menunjukkan tanda2 calon isteri yg sy idamkan. Sy benar2 keliru n dalam dilemma sekarang..adakah ini ujianNya untuk menguji keimanan sy menolaknya atau dia mmg benar2 telah berubah dan sy harus menerimanya..minta pandangan dari ahli2 panel,sy benar2 keliru?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Dilemma pasangan hidup selepas solat istiqorah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah

Pandangan yang benar adalah Allah akan memudahkan sesuatu untuk kita setelah melakukan solat istikharah. Apabila wujudnya halangan, ini bermaksud Allah swt hendak menjauhkan kita dari melakukan. Ini ditunjukkan dengan jelas makna do'a didalam hadith Jabir mengenai solat istikharah :

اللهم إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذا الأَمْرَ - ويسميه - خَيْرٌ لي في دِيني وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لي وَيَسِّرْهُ لي ثُمَّ بَارِكْ لي فِيهِ. وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذا الأَمْرَ شَرٌّ لي في دِيني وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ ، وَاقْدُرْ لِيَ الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ
"Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu" [Hadith Riwayat Bukhari].

Rasa sahaja tidak boleh dijadi satu-satunya petunjuk. Kita hendaklah peka dengan perkara yang Allah swt permudahkan. Berkata Ibn Taimiyah rh :-

فإذا استخار الله كان ما شرح له صدره وتيسّر له من الأمور هو الذي اختاره الله له
"Apabila seseorang itu melakukan istikharah, maka apa sahaja yang Allah membuat dia berasa gembira dan memudahkan baginya pekerjaan itu, bermakna itulah yang Allah telah memilih untuknya" [Majmu' Fataawa, 10/539]

Imam Nawawi juga pernah berkata "...setelah melakukan istikharah, seseorang hendaklah berlapang dada melakukan perkara yang dia cenderung dan merasa senang dengannya, dan tidaklah memaksa perkara yang dia ingin lakukan sebelum melakukan istikharah. Jika perasaannya berubah, dia hendaklah meninggalkan apa yang ingin dia lakukan, jika tidak, maka dia tidak sepenuhnya menyerahkan pilihan tersebut kepada Allah, dan tidaklah dia ikhlas didalam memohon bantuan kekuasaan dan ilmu Allah. Keikhlasan dalam menuntut pilihan Allah bermaksud seseorang hendaklah sepenuhnya meninggalkan apa yang dia inginkan atau tentukan".

Solat istikharah ini merupakan salah satu dari ibadat-ibadat sunat. Maka patuhilah syarat-syarat asas didalam melakukan ibadat; seperti ikhlas dan melakukannya mengikut sunnah Nabi :saw. Patuhi juga cara-cara dan adab-abab berdo'a kepada Allah swt. Pastikan kita dalam keadaan bersih; rohani dan jasmani. Pertingkatkan iman, dan yakini akan petunjuk Allah swt akan tiba.

Lakukan solat istikharah beberapa kali, kerana solat istikharah ini tiada hadnya. Ulama' juga menggalakkan setelah melakukan istikharah, hendaklah dia juga beristiharah; iaitu memohon penjelasan dan nasihat dari seseorang yang pandai. InSyaAllah, dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan menyerahkan keputusan kepada Allah, disana akan adanya petunjuk dan kemudahan yang Allah berikan. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين