SJ-05-0549 : Fadhilat tatacara solat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0549 : Fadhilat tatacara solat

Assalamua’laikum Panel dan saudara sekalian. Dalam aktiviti membaca, saya terjumpa keterangan yg di ambil dari satu blog, adakah benar fadhilat tatacara solat seperti yg tertera di bawah ini?

1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Fadhilat tatacara solat

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Fadhilat pergerakkan didalam solat tidak ditemui didalam kitab-kitab hadith dan buku-buku fiqh yang muktabar. Fadhilat-fadhilat diatas ini tidak ditsabitkan dengan Nabi :saw, sahabat-sahabat, tabien, dsb. Ia bukanlah fakta yang telah diputuskan didalam Islam. Ada beberapa kemungkinan diwujudkan fadhilat-fadhilat yang sedemikian, diantaranya :-

1. Dari aspek pembangunan diri

a. Memberi motivasi kepada mereka yang menunaikan solat agar terus mempertingkat qualiti solat.
b. Menimbulkan rasa khusyuk apabila menunaikan solat.
c. Menyakinkan manusia bahawa solat juga mendatangkan kebaikan-kebaikan lain disamping solat sebagai ibadat ritual yang wajib, seperti kesihatan kepada manusia.

Contohnya didalam laman web : http://tip-untuk-semua.blogspot.com/2010/04/pergerakan-didalam-solat.html

Perlu juga berhati-hati didalam memetik fadhilat-fadhilat ini. Hendaklah diperjelaskan kepada para pembaca bahawa ini adalah satu keadah logik menjelaskan pergerakkan solat dan ia tidak semestinya benar. Ia hanya bertujuan MOTIVASI. Perlu dijelaskan juga bahawa Nabi :saw dan para sahabat, malah Imam-Imam Mazhab tidak pernah menjelaskan sedemikian. Cetusan ini hanyalah berdasar pandangan logik seorang manusia yang tidak lekang dari melakukan kesalahan.

2. Dari aspek “keimaman”

Disana kita lihat bahawa terdapat kelompok yang tertentu cuba menyatakan bahawa hanya Imam mereka sahaja yang mengerti rahsia-rahsia solat. Ini merupakan satu kaedah segelintir kumpulan yang cuba menunjukkan kehebatan Imam mereka, walaupun hakikatnya riwayat yang mereka bahwa tidak dapat dikesan kesahihannya. Dibawah ini merupakan satu contoh riwayat yang dikatakan berasal dari Jabir bin Abdullah al-Ansari ra. yang dikatakan telah mendengar dari Amirul Mukminin Ali ra mengenai fadhilat pergerakan solat.

Quote:
عن جابر بن عبد الله الأنصاري أنه قال: كنت مع أمير المؤمنين علي رضي الله عنه
فرأى رجلاً قائماً يصلي فقال له:يا هذا أتعرف تأويل هذه الصلاة؟
فقال: يا امير المؤمنين, وهل للصلاة تأويل غير العبادة؟
فقال:إي والذي بعث مُحمداً بالنبوة, وما بعث الله نبيه بأمر من الأمور إلا وله مُتشابه وتأويل وتنزيل وكل ذلك يدل على التعبّد.
وفي رواية أُخرى أنه قال: فمن لم يعرف تأويل صلاته فصلاته كلها خداج ناقصة غير تامة. إلى أن سأله تأويل جميع حركات الصلاة :

 

- رفع اليد في التكبيرة الأولى:

فسأل الرجل أمير المؤمنين علي رضي الله عنه عن تأويل رفع اليدين بالتكبير
فقال له:معناه: الله أكبر الواحد الأحد الذي ليس كمثله شيء, لايُلمس بالأخماس ولايُدرك بالحواس.

معنى الركوع:

وقد سأل رجل أمير المؤمنين علي بن أبي طالب رضي الله عنه فقال : مامعنى مد عُنقك في الركوع؟ قال: تأويله, آمنت بوحدانيتك ولو ضربت عُنقي..

معنى رفع الرأس بعد الركوع:

وسُئل الإمام علي بن أبي طالب عليه رضي الله عنه عن تأويل رفع الرأس من الركوع والقول: سمع الله لمن حمده أو الحمدلله رب العالمين؟
فقال:تأويله : الذي أخرجني من العدم إلى الوجود..

معنى السجود:

جاء رجل إلى أمير المؤمنين علي بن أبي طالب رضي الله عنه فقال له : يابن عم خير خلق الله مامعنى السجدة الأولى؟
فقال : تأويله: اللهم إنك منها خلقتني*أي من الأرض*
ورفع رأسك:ومنها أخرجتنا
والسجدة الثانية:وإليها تُعيدنا
ورفع رأسك من الثانية:ومنها تُخرجنا تارة أُخرى..

التشهد الأخير وتأويله:

وقد جاء إلى علي رضي الله عنه تأويل هذا الجلوس قائلاً:وتأويل قعودك على جانبك الأيسر ورفع رجلك اليمنى وطرحك على اليُسرى تخطر بقلبك:
اللهم إني أقمت الحق وأمت الباطل
وتأويل تشهدك:تجديد الإيمان ومعاودة الإسلام والإقرار بالبعث بعد الموت.

بارك الله لكم
Sumber soalan : http://www.imanway.com/vb/showthread.php?t=15022

 

Apabila soalan ini ditanya kepada Shiekh Abdul Rahman Ashim, beliau mengatakan bahawa riwayat ini diambil dari kitab (Syiah) Rafidah; ia batil dan tidak ada asalnya ( هذا مأخوذ من كُتُب الرافضة ، وهو باطل لا أصل له). Menstabitkan riwayat ini dengan Ali adalah tidak betul, kerana bukanlah setiap perintah itu di jelaskan (takwilkan) atau diturunkan.

Maksud al-Sheikh adalah tidak semua perintah Allah itu diterangkan satu persatu maksudnya secara detail. Namun kita sebagai hamba Allah, melakukan perintah solat tanpa mempersoalkan kenapa begini dan begitu. Secara fizikalnya kita mantap setiap pergerakkan solat kita, tadabbur dengan bacaan-bacaan ayat al-Quran yang dibaca, dan menghayati setiap zikir dan tasbih yang kita baca.

Kesimpulannya adalah fadhilat pergerakan solat tidak pernah dijelaskan oleh Nabi, mahupun para sahabat, begitu juga para Imam-Imam Mazhab. Allah sahaja yang mengetahui hakikat sebenar maksud pergerakkan tersebut. Malah ada riwayat yang menjelaskan bahawa pergerakkan solat merupakan manifestasi pergerakan beberapa Malaikat yang Nabi lihat ketika peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Namun persoalan mengenai kenapa pergerakkannya begitu, tidak pula diperjelaskan kepada Nabi :saw. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين