SJ-06-0002 : Solat dalam Musafir

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0002 : Solat dalam Musafir

Assalamualaikum wbt.

Saya ada sedikit kekeliruan mengenai solat dalam kenderaan. Buat pengetahuan pihak al-ahkam.net, saya menetap di perantauan,negara non-muslim. Soalan saya, sekiranya saya bermusafir (memenuhi segala syarat bermusafir) sebelum waktu zuhur dan menaiki kenderaan untuk ke destinasi, adakah sah untuk saya lakukan solat di dalam kenderaan tersebut (sama ada secara jama' taqdim ataupun ta'khir)? Dan setelah tiba ke destinasi, wajibkah solat itu diqada'kan?
Bagaimana pula sekiranya perjalanan tersebut tidak memakan waktu asar (sampai maghrib)?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
re: Solat dalam Musafir

w'salam,

Pertama skali, kita perjelaskan hukum solat berdiri terlebih dahulu.

Berdiri utk solat itu salah satu drpd rukun2 sembahyang fardhu. Dalilnya:

Drpd Imran bin Hussein ra bhw dia berkata, "Aku mempunyai penyakit buasir(sejenis penyakit di bhgn dubur). lalu aku bertanya kpd baginda saw berkenaan dgn solat. Sabda Rasulullah saw, "Sembahyanglah kamu dalam keadaan berdiri, sekiranya tidak mampu, maka dalam keadaan duduk, sekiranya tidak mampu, maka dia atas lambung(kanan)(mengiring di atas tulang rusuk sebelah kanan).""[HR Bukhari]

Imam Nawawi dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim mengatakan tidak sah solat fardhu seseorang yg duduk sedangkan dia mampu berdiri. Jika dilakukan dulu, ia bukan hanya tidak sah malahan berdosa.

Berkata Imam Nawawi lagi bahawa dalam mazhab syafi'i jika seseorang itu menghalalkan solat secara duduk bagi mereka yg mampu berdiri, maka dia telah kafir sptmana seseorang itu menghalalkan riba, zina dan lain2.

Imam Syafi'i mengatakan dalam kitab al-Umm, bhw Nabi saw menyuruh solat secara berdiri. Tidaklah harus duduk bagi mereka yg mampu kecuali dalam solat khauf(peperangan).

Demikianlah hukum berdiri utk solat fardhu. Adapun solat sunat, berdiri itu adalah sunat hukumnya secara mutlak. Hanya saja, lebih utama org yg solat berdiri berbanding yg duduk. Dalilnya:

Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yg solat dalam keadaan berdiri maka itu adalah lebh afdhal. Sesiap yg solat dalam keadaan duduk, maka baginya separuh pahala org yg solat berdiri. dan sesiapa yg solat dalam keadaan tidur(mengiring), mka bginya separuh solat org yg duduk."[HR Bukhari]

Berbalik kpd persoalan sdr. Saya akan membahaskan dgn lebih detail.

Quote:
1) Apakah boleh solat duduk ketika musafir?

Oleh krn solat yg sdr maksudkan adalah solat fardhu, maka tidak boleh solat dalam keadaan duduk tanpa sebab yg kuat. Tidak sah solat mereka yg solat duduk itu. Sekiranya sipelaku itu melakukannya dalam keadaan kejahilan, maka ia dimaafkan krn ilmu itu diperlehi secara berperingkat. Tetapi jika kejahilan itu disebabkan sikapnya sendiri yg tidak ingin mempelajari ilmu agama, maka dia berdosa.

Drpd Abu Hurairah ra katanya bhw Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya Allah mengabaikan dari umatku kesalahan, kelupaan dan ketika dipaksa."[HR Ibn Majah. Juga diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Abu Dzar ra]

Quote:
2)Soalan saya, sekiranya saya bermusafir (memenuhi segala syarat bermusafir) sebelum waktu zuhur dan menaiki kenderaan untuk ke destinasi, adakah sah untuk saya lakukan solat di dalam kenderaan tersebut (sama ada secara jama' taqdim ataupun ta'khir)?

Jika solat yg dilakukan itu adalah secara duduk, maka hukumnya telah saya bahaskan di atas. Adapun soalan kedua(menganggap solat itu dilakukan secara berdiri), hukumnya harus. Ibn Mundzir mengatakan bhw ulama' telah bersepakat bhw org yg hendak berpergian diperbolehkan melakukan solat safar sebaik sahaja dia keluar dari rumahnya yg ditinggalkan.(Dr Abd. Karim Zaidan, al-Mufasshal)

Perlu diperjelaskan juga, musafir bukanlah satu2nya syarat yg memperbolehkan solat jama'. Ia berbeza dgn qasar yg musafir itu menjadi syarat memperbolehkannya. Namun, saya rasa tidak perlulah dibahaskan perkara ini dgn lebih panjang. Krn soalan sdr mengfokus kpd rukhsoh permusafiran.

Quote:
3) Bagaimana pula sekiranya perjalanan tersebut tidak memakan waktu asar (sampai maghrib)?

Hukumnya harus. Tdak menjadi kesalahan krn simusafir itu telahpun melaksanakan solat yg telah difardhukan itu. Demikianlah pendpt Mazhab Syaf'i spt yg dinukilkan dalam Fiqhul Manhaji 'ala mazhabil Imam Syafi'i.

Sekian. WA.

:wassalam

Rujukan lain

Bahrul Madzi
Sheikh Idris al-Marbawi

Koleksi Hadis2 Hukum
TM Hasbi

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
re: SJ-06-0002 : Solat dalam Musafir

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz Gayat diatas jawapan yang cukup baik. Saya ingin menambah sedikit berkenaan dengan Soalan2 :

Quote:
1) Apakah boleh solat duduk ketika musafir?

Solat fardhu wajib dilakukan secara berdiri jika tidak terdapat sebarang keuzuran. Perjalanan didalam kereta, bas, atau kapal terbang yang memakan waktu yang lama dan ada kemungkinan perjalanan ini merupakan perjalanan tanpa henti (non-stop journey) juga boleh dikategorikan sebagai keuzuran kepada penumpangnya. Keuzuran ini sebabkan jika perjalanan itu memakan waktu lebih dari dua solat, contohnya :- sebelum zohor dan tiba waktu magrib dan keadaan semasa itu tidak mengizinkan kita bersolat berdiri, maka seseorang itu dibolehkan melakukan solat jama' secara duduk. Keuzuran ini adalah akibat takut terlepasnya waktu solat. Bagi menjelaskan permasalahan ini dengan lebih lanjut, saya mengambil duat petikan dari Fatwa Darul Ifta Arab Saudi mengenainya :-

Fatwa no: 145

إذا كنت مسافراً في طائرة وحان وقت الصلاة هل يجوز أن نصلي في الطائرة أم لا؟

" إذا حان وقت الصلاة والطائرة مستمرة في طيرانها ويخشى فوت وقت الصلاة قبل هبوطها في أحد المطارات فقد أجمع أهل العلم على وجوب أدائها بقدر الاستطاعة ركوعاً وسجوداً واستقبالاً للقبلة لقوله تعالى : ( فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ ) التغابن/16.
ولقوله صلى الله عليه وسلم : ( إِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ ) متفق عليه .
أما إذا علم أنها ستهبط قبل خروج وقت الصلاة بقدر يكفي لأدائها أو أن الصلاة مما يجمع مع غيره كصلاة الظهر مع العصر وصلاة المغرب مع العشاء ، وعلم أنها ستهبط قبل خروج وقت الثانية بقدر يكفي لأدائهما فقد ذهب جمهور أهل العلم إلى جواز أدائها في الطائرة لوجوب الأمر بأدائها بدخول وقتها حسب الاستطاعة كما تقدم وهو الصواب " اهـ .


Soalan : Apabila saya bermusafir dengan kapal terbang, tatkala masuk waktu Zohor, apakah boleh kami bersolat didalam k/terbang atau tidak?

Jawab : "Jika tiba waktu solat dan kapal terbang masih diatas udara dan disana terdapat kekhuatiran (takut) akan waktu solat akan berakhir sebelum sempat k/terbang mendarat, maka ulama' sepakat bahawa solat boleh dilakukan didalam cara apa sahaja yang dia mampu, ruku', sujud dan mengadap kiblat jika boleh, kerana firman Allah swt :

"Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu" - al-Taghaabun 64:16]

Dan Nabi saw bersabda :- "Jika kami diperintah melakukan sesuatu, lakukan sejauh mana yang kamu mampu" -[Hadith Mutafaq 'alaih].

Jika kita sedia maklum bahawa k/terbang akan mendarat sebelum waktu solat berakhir, dan mendapati cukup masa untuk menunaikan solat atau solat yang mana boleh di jama' dengan yg lain - contohnya Zohor yang boleh di jama'kan dengan Asar, atau magrib yang boleh di jama'kan dengan Isya' - dan sedia maklum bahawa k/terbang akan mendarat sebelum waktu solat ke 2 berakhir dan terdapat masa yang cukup untuk menunaikan solat, maka jumhur ulama berpendapat dibolehkan menunaikan solat didalam k/terbang, kerana adalah wajib menunaikannya apabila masuk waktu solat didalam apa sahaja keadaan sebagaimana yang dinyatakan diatas. Ini adalah pandangan yang benar" - Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah (8/120)

=======
Fatwa no : 12087

هل تجوز الصلاة بالطائرة جالساً، مع القدرة على الوقوف، خجلاً؟

" لا يجوز أن يصلي قاعداً في الطائرة ولا غيرها إذا كان يقدر على القيام لعموم قوله تعالى : ( وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ ) البقرة/238. وحديث عمران بن حصين الذي رواه البخاري أن النبي صلى الله عليه وسلم قال له : ( صَلِّ قَائِمًا ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ ) زاد النسائي بسند صحيح ( فإن لم تستطع فمستلقياً ) " اهـ .
وذهب بعض أهل العلم إلى أن الصلاة في الطائرة ومثلها القطار والسيارة غير جائزة إذا كان لا يتمكن من أداء الصلاة كما يؤديها على الأرض إلا إذا خشي خروج وقتها .


Soalan : Bolehkah bersolat diatas k/terbang secara duduk, dengan keupayaan berdiri, memalukan.

Jawab : Tidak dibenarkan solat sambil duduk didalam k/terbang atau dimana-mana jika seseorang itu berkeupayaan berdiri menurut makna umum firman Allah swt :

"dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk." - [al-Baqarah 2:238]

Dan didalam sebuah hadith Imraan ibn Husien yang diriwayatkan oleh al-Bukhaari bahwa Nabi saw bersabda kepadanya :"Solatlah berdiri, dan jika tidak mampu, maka duduk, dan jika tidak mampu, maka mengiring kesebelah", Al-Nasaa'i menambah dengan Isnad yang Sahih : "Jika kamu tidak mampu, maka bebaring dibelakang kamu". - Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah (8/126)

=============
Kesimpulannya ialah sebahagian ulama berpendapat tidak boleh bersolat duduk diatas k/terbang, keretapi atau kereta, kerana tidak tidak mungkin dapat menunaikan solat sebagaimana berdiri diatas tanah (kesempurnaannya) - melainkan jika takut akan waktu akan habis. WA

wassalam
==========
Rujukan :

1. Al-Lajnah al-Daa'imah Al-Buhooth al-'Ilmiyyah wa Al-Ifta' - 8. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000.

خيرالأمين