SJ-06-0022 : Masa antara dua Solat Jamak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0022 : Masa antara dua Solat Jamak

Tuan, adakah masa antara 2 solat jamak Taqdim/taakhir. bolehkah ia dilakukan berselang dengan jarak masa yang lama atau pekerjaan lain atau wirid atau doa?.
Sila nyatakan tempoh dan dalilnya. Terimakasih.

SJ-06-0022 : Masa antara dua Solat Jamak

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sallsabila dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Didalam solat jama' (Jama' Taqdim sahaja bagi Mazhab Syafie) ia ditunaikan secara muwallat atau berturut2. Ia itu solat yang kedua ditunaikan segera setelah selesainya solat pertama. Didalam Mughni al-Muhtaaj ada menyebut bahawa solat kedua sebenarnya dimiliki oleh solat pertama, dan solat kedua adalah pengikut kepada solat pertama, maka solat rawatib/sunat diantaranya diitinggalkan. (áÃä ÇáÌãÚ íÌÚáåãÇ ßÕáÇÉ ÝæÌÈ ÇáæáÇÁ ßÑßÚÇÊ ÇáÕáÇÉ¡ æáÃäåÇ ÊÇÈÚÉ æÇáÊÇÈÚ áÇ íÝÕá Úä ãÊÈæÚÉ æáåÐÇ ÊÑßÊ ÇáÑæÇÊÈ ÈíäåãÇ¡.).

Disini menunjukkan solat kedua hendaklah segera dilakukan sehinggakan solat sunat rawatib ditinggalkan. Menurut Dr Mustafa al-Bugha bahawa solat tersebut tidak boleh dipisahkan dengan zikir, solat2 sunat dan sebagainya. Sekiranya dipisahkan dengan waktu yang panjang (menurut ketentuan 'uruf / kebiasaan), maka solat jama' tersebut batal; maka solat wajib ditunaikan pada waktunya.

Dari Ibn Umar ra :

ÑÃíÊ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÅÐÇ ÃÚÌáå ÇáÓíÑ íÄÎÑ ÇáãÛÑÈ ÝíÕáíåÇ ËáÇËÇ¡ Ëã íÓáã¡ Ëã ÞáãÇ íáÈË ÍÊì íÞíã ÇáÚÔÇÁ¡ ÝíÕáíåÇ ÑßÚÊíä¡ Ëã íÓáã.
"Aku telah melihat Nabi :saw apabila baginda bermusafir dengan segera, baginda akan melewatkan solat Maghrib dengan melakukan 3 rakaat, kemudian memberi salam, kemudian baginda duduk sebentar dan berdiri melakukan solat Isya', baginda bersolat 2 rakaat, kemudian memberi salam" [Hadith Riwayat Bukhari #1041].

Duduk sebentar Nabi :saw didalam hadith diatas ini menunjukkan jarak masa diantara 2 solat. Dr Wahbah Zuhaily (Professor Universiti Damsyik) juga menyebut bahawa jarak waktu pisahan solat itu juga termasuklah melakukan iqamah dan bersuci. Katanya :-

æÅä ÝÕá ÈíäåãÇ ÈÝÕá íÓíÑ¡ áã íÖÑ¡ ßÇáÝÕá ÈíäåãÇ ÈÇáÃÐÇä æÇáÅÞÇãÉ æÇáØåÇÑÉ¡ áãÇ Ýí ÇáÕÍíÍíä Úä ÃÓÇãÉ : Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã áãÇ ÌãÚ ÈäãÑÉ¡ ÃÞÇã ááÕáÇÉ ÈíäåãÇ. æíÚÑÝ Øæá ÇáÝÕá ÈÇáÚÑæݺ áÃäå áÇÖÇÈØ áå Ýí ÇáÔÑÚ æáÇ Ýí ÇááÛÉ.
"Tetapi kalau dipisahkan oleh jarak yang sekejap maka tidak terbatal jama' seperti dipisahkan oleh azan, iqamah dan bersuci, berdasarkan hadith riwayat Usamah didalam Sahih Bukhari dan Muslim :-"Bahasa Nabi :saw ketika melakukan solat jama' di Namirah, diiqamahkan solat diantara keduanya". Ukuran lama sekejap pisahan adalah menurut kebiasaan kerana tiada ketetapan syara' dan juga bahasa."

Kesimpulannya, didalam solat jama' (Jama' Taqdim sahaja bagi Mazhab Syafie), ia hendaklah ditunaikan secara muwallat (ÇáãæÇáÇÉ); dimana Imam Nawawi didalam Matan Minhaj al-Thalibin menyebut 'waktu perpisahan itu tidak panjang' : (áÇ íØæá ÈíäåãÇ ÝÕá), iaitu sekadar duduk sebentar dan bangun menunaikan solat yang kedua. Jarak masa ini ketetapannya berdasarkan 'uruf atau kebiasaan. WA.

wassalam
========
Rujukan :

1. Syiekh Al-Syarbini. Mughni al-Muhtaaj - 1. Beirut : Daar al-Fikr, 2001. ms 372.

2. Dr Mustafa al-Bugha [et al]. al-Fiqh al-Manhaji - 1. cet ke 4. Damsyik : Daar al-Qalam, 2000. ms 190.

3. Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - 2. cet ke 3. Damsyik : Daar al-Fikr, 1989. ms 355-356.

خيرالأمين