SJ-06-0044 : sholat jamak lagi!..

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0044 : sholat jamak lagi!..

:salam

panel al-ahkam shk THTL wrote:

al-Jawab:

'Menjama' solat kerana keperluan mendesak bukan kerana hujan atau ketakutan. Menurut Syaikh Sayyid Sabiq yang memetik pendapat Imam Nawawi dalam 'Syarh Muslim' nya berkata, memang ada sebahagian Imam yang membolehkan menjama' solat kerana keperluan bukan kerana musafir, antaranya Ibn Sirin, sebahagian fuqaha' Malikiah, sebahagian Syafi'iyah, alKhuttabi, alQaffal, dan pendapat pilihan Ibn Mundzier, asal sahaja hal itu tidak dijadikan suatu kebiasaan. (Fiqh Sunnah1/375, edisi alFath, Syarah Nawawi atas sahih Muslim, 2/3509)'

Bolehtak tuan shk perjelaskan maksud 'menjama' solat kerana keperluan bkn musafir' yg diperbolehkan oleh setengah ulamak fikh..bantuan amat dialu2kan.. :wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-06-0044 : sholat jamak lagi!..

:wassalam

al-Jawab:

Madzhab Imam Ahmad atau madzhab Hanbali meluaskan dan melonggarkan solat jama' bukan terhad ketika safar sahaja dan Imam Ahmad tidak membataskan atau merincikan kerana itulah kehendak syari'at dalam masalah ini, "agar tidak menyulitkan manusia", maksudnya jika manusia menghadapi kesulitan dan kesukaran dalam urusan hariannya, maka ia boleh sahaja menjama'nya. Kalau kita senaraikan, maka sudah tentu ia membataskan. Cth: seorang pakar bedah yang mempunyai jadual pembedahan yang ketat, maka dia boleh menjama' solatnya bila jadual pembedahannya melewati dua waktu solat. Bila berlaku banjir, berlaku putusnya bekalan air, puting beliung, tsunami, hujan lebat, adalah contoh-contoh. Kata kuncinya ialah kesulitan atau kesibukan yg mendesak dan ia bukan dijadikan suatu kebiasaan seperti kaum syi'ah yang bila susah sikit sahaja, mereka terus menjama' solat mereka. jadi kesulitan dan kesibukan yang kita alami itu hendaklah benar-benar sulit sebagaimana kita musafir yang diselubungi kesulitan dan kepayahan.

Jika anda keliru dan takut menentukan bagaimana kesulitan itu, maka kekallah dalam madzhab Syafi'iy yang hanya membenarkan bila berlaku hujan atau ketakutan sahaja, sedangkan madzhab Hanbali membuka luas maksud kesulitan dan kepayahan itu termasuk kesibukan kerja dan aktiviti harian yang bukan normal atau rutin. sekian