SJ-06-0064 : Perihal Solat Jamak & Qasar

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0064 : Perihal Solat Jamak & Qasar

Saya sering bermusafir ke luar negara untuk seminar dan berbagai urusan. Saya difahamkan bahawa saya hanya boleh jamak dan qasar solat pada ketika perjalanan sahaja kerana biasanya saya menetap di sana dalam tempoh 10-12 hari.

Masalahnya, sudah menjadi kebiasaan saya bila berada diluar negara, akan dihambat kekangan masa untuk solat, terutamanya zohor dan asar bila musim sejuk memandangkan waktu siang yang pendek.

Kadang2 ianya hanyalah disebabkan keluar membeli belah ataupun sekadar jalan2 sahaja, bukannya semata2 keperluan menghadiri sidang seminar yang dikira lagi penting.

Tambahan pula musim sejuk di negara2 bukan islam, kesukaran untuk dapatkan air, tempat solat dan berbagai kesukaran.

Selalunya saya akan qadha' solat yang telah terlepas. Namun, saya mendapat pandangan dari seorang ustaz mengatakan bahawa saya dibenarkan jamak, samada taakhir atau taqdim tanpa mengqasarkannya dengan alasan kesukaran untuk solat, walaupun atas urusan berjalan2 di sana.

Ustaz tersebut memaklumkan bahawa ianya tertakluk kepada niat urusan pekerjaan samaada halal atau haram. kalau jalan, atau membeli belah bunag yang diharamkan, maka saya boleh menjamakkan solat tanpa qasar, walaupun waktu menginap dinegara tersebut melebihi 3 hari.

Mohon pandangan dari ustaz.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-06-0064 : Perihal Solat Jamak & Qasar

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Persoalan hukum menjamak solat ketika bukan bukan musafir, disebabkan masyaqqah dan hajat telah beberapa kali dijawab. Boleh dirujuki link-link di bawah:

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34788

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34911

Kesimpulan: Sekiranya anda berhadapan dengan sesuatu masyaqqah atau kesulitan, dan ia dapat dihindari dengan cara anda menjamakkan solat, atau jika anda tidak menjamakkan solat kemungkinan anda akan terlepas menunaikan solat fardhu pada waktunya, maka dibenarkan menjamakkan solat. Tetapi, tidak boleh menjadikan ia sebagai satu rutin amalan, kerana nas-nas Quran dan Hadis memerintahkan supaya bersolat pada waktu-waktu yg ditetapkan syarak, kecuali dengan keuzuran.

Wallahu A'lam.