SJ-06-0066 : Solat Jamak Kerana Hujan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0066 : Solat Jamak Kerana Hujan

:salam

Sah atau batal solat isyak saya jika saya menjamakkannya dalam solat maghrib pada hari hujan lebat di masjid sedangkan masjid tersebut hanya 200 meter sahaja daripada rumah saya ......

jika sah apakah dalil yang membolehkan saya berbuat demikian ...

sekian

wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-06-0066 : Solat Jamak Kerana Hujan

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Secara asas, syarak memerintahkan supaya didirikan setiap solat pada waktunya (lihat Al-Nisa: 103), kecuali jika wujud uzur syar'ie yang mengharuskan jamak. Dalam keadaan syak adakah wujud uzur atau tidak, hendaklah dirujuk kepada asal iaitu tidak boleh jamak. Dan kaedah feqah masyhur menyebut: Rukhsah Tidak Dikaitkan Dengan Syak (Asybah Wa Al-Nazhair 1/264).

- Antara uzur yang mengharuskan jamak ialah hujan lebat yang menyebabkan baju basah kuyup atau terdapat lumpur di jalanan menyebabkan pakaian tercemar. Dhabit yang diambil kira ialah: membasahkan pakaian sehingga jika diperah pakaian itu, boleh mengeluarkan air.

- Yang berperanan mengisytiharkan jamak ialah imam masjid setelah mendapati bahawa perjalanan ke masjid membawa masyaqqah kepada seluruh jemaah atau sebahagian jemaah. Apabila imam mengisytiharkan dijamakkan solat, maka harus seluruh ahli jemaah menjamakkan solat, walaupun ada yang tinggal berdekatan dengan masjid.

- Kerana, dalam peristiwa solat jamak disebabkan hujan pada zaman Nabi SAW, baginda sendiri yang mengimamkan solat sedangkan rumah baginda bersebelahan dengan masjid. Dan dari kalangan sahabat ada yang tinggal di dalam masjid seperti ahli suffah. Tetapi tidak ada nukilan riwayat bahawa mereka dikecualikan daripada jamak.

- Oleh itu, jika wujud uzur dan imam mengisytiharkan jamak, anda bolehlah jamak walaupun rumah anda berdekatan dengan masjid.

Wallahu A'lam.

Rujukan:
http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=7203&Option=FatwaId