SJ-06-0069 : Solat jamak tanpa niat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0069 : Solat jamak tanpa niat

:salam
baru-baru sy dan kawan bermusafir,tiba disatu surau kawan sy menjadi imam bg jemaah surau itu pada solat marghrib .selepas solat maghrib tkawan sy mengajak sy solat jamak isyak,sedangkan saya tidak tau yg dia berniat untuk solat jamak,sy pula hanya niat solat maghrib shj,Sah atau tidak solat jamak isyak sy

SJ-06-0069 : Solat jamak tanpa niat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Ulama' khilaf didalam hal ini. Ada yang berpegang kepada syarat solat jama' adalah berniat pada waktu pertama (contoh diatas adalah waktu maghrib) , semasa takbirnya [Lihat Zaadul Mustaqni'].

Syeikh Ibn Utsaimin rh berpendapat bahawa tidaklah menjadi syarat niat jama' ketika takbir al-ihram solat yang pertama. Yang menjadi syarat ialah wujudnya sebab melakukan jama', iaitu memasukkan [waktu] solat kedua bersama-sama solat pertama [al-Sharhu al-Mumthi'u, 2/219, cet Dar al-Ansar, 2003]. Ini juga merupakan pegangan Ibn Taimiyah.

Syeikh Ibn Baaz rh juga menyebut didalam fatwanya bahawa Niat [pada solat yang awal] bukanlah syarat [solat jama'] (æÇáÕæÇÈ Ãä ÇáäíÉ áíÓÊ ÈÔÑØ ) [Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah li Samaahat al-Syeikh Ibn Baaz, 12/295].

Insya-Allah, jika anda berpegang kepada pandangan kedua ini, solat jama' anda sah. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين