Saya tinggal di Shah Alam Selangor, jika saya balik raya ke kampung saya di Perak selama sehari atau 2 hari, bolehkah saya solat Qasar sepanjang berada di situ? Kemudiannya saya balik ke kampung isteri saya di Kelantan selama 3-4 hari, bolehkah saya solat Qasar sepanjang berada di situ? JIka boleh solat Qasar, adakah afdal saya solat Qasar sendiri dan kemudiannya solat Terawih di masjid semasa Ramadhan(sebelum Raya) samada di kampung saya atau isteri saya?
Sumber Rujukan Islam Anda..
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Kampung anda di Perak diistilahkan sebagai Watan Asli, samalah dengan status kampong isteri anda. Dengan kata lain, ia merupakan tempat asal anda atau isteri anda, maka pada masa itu anda tidak dikira sebagai bermusafir. Solat Qasar atau memendikkan solat hanya dibolehkan bagi orang musafir sahaja.
Anda boleh mengqasar solat semada perjalanan dari Shah Alam ke Perak dan dari Perak ke Kelantan. Akan tetapi jika telah sampai di Perak dan di Kelantan, hdenaklah bersolat seperti biasa (penuh).
SJ - 3222 : jamak dan qasar
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=22798
SJ-06-0061 : Jamak & qasar kat rumah mertua?
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34745
Sekian, wassalam
خيرالأمين