SJ-06-0082 : Panduan Jamak didalam penerbangan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0082 : Panduan Jamak didalam penerbangan

:salam

Soalan saya berkenaan jamak/qasar dlm penerbangan keluar negara.

Saya bertolak pada pukul 1.30pg waktu tempatan diluar negara tetapi tiba ke tanah air pada hari yg sama pukul 9.30 malam. Soalan saya, sewaktu didlm penerbangan adakah saya kena solat apa2 waktu didalamnya.

Soalan kedua mengenai wudhu. Ruksah yg bagaimana boleh diambil kira sekiranya kita ingin membuat keputusan utk bertayamum didalam penerbangan itu. Harap soalan saya jelas disini.

:wassalam

SJ-06-0082 : Panduan Jamak didalam penerbangan

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1- Mungkin soalan kurang jelas. Tetapi secara umum, jika kapalterbang melewati satu-satu negara, maka waktu solat bagi penumpang kapalterbang ialah mengikut negara tersebut. Inilah yang diputuskan oleh Majmak Feqah di bawah Rabitah Alam Islami.

2- Hukum musafir sama seperti hukum mukim dari sudut wajib berwudhuk untuk bersolat, tidak ada beza. Kecuali dalam keadaan yang mengharuskan tayammum secara syar'ie. Contohnya:
- ketiadaan air
- ada air, tetapi ada keuzuran untuk menggunakan air
- sakit

Jadi, keputusan untuk tayammum mestilah setelah benar-benar ada keringanan disebabkan uzur.

Wallahu A'lam.

rujukan:
Ahkam al-Thoirah: Hasan bin Salim.