SJ-07-0001: masalah fekah - bawa bunga ke kubur

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0001: masalah fekah - bawa bunga ke kubur

A'kum,
Ustaz saya ingin minta tolong agar dapat memberi jawapan berhubung satu masalah fekah iaitu apa hukum amalan membawa bunga-bungaan ke kubur. Amalan ini kebiasaannya dilakukan pada pagi hari raya. Atas segala jawapan dan perhatian ustaz dalam masalah ini amat-amatlah saya hargai. Sekian terima kasih. :wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-07-0001: masalah fekah - bawa bunga ke kubur

w'salam

Amalan ini merupakan khilaf . Aliran Salafiyya seperti Syaikh al-Uthaymeen (Fatawa alUthaymeen), almarhum Syaykh Ben Baz (Lajnah Daimah), Syaikh Albani (fatawa Medinah & Ahkam alJanaiz # 123) berpendirian keras dgn menegahnya atas alasan bid'ah dan diciplak dari amalan Yahudi-Kristian. Pendapat ini disandarkan kepada al-Kattabi (Ma'alim asSunnan 1/27) dan Syaikh Ahmed Syakir (syarah sunan atTermidzi 1/103). Syaikh Syakir berpendapat amalan menabur bunga dan meletak kalungan bunga ini diambil dari amalan masyarakat Kristian Koptic di Mesir.

Adapun Lajnah Fatwa alAzhar (pengerusi: Syaikh Atiyah Saqr) berpendapat setelah ditimbang dari dua pendapat yg harus dan haram, dimenangkan pendapat yg mengharuskan kerana terdapat asal dari as-Sunnah di mana biasa Nabi saw meletak pelapah tamar dan ranting yg masih hidup di atas pusara (Bukhari-Muslim). Jika bebunga hidup digunakan mengganti pelepah tamar dan ranting kayu, maka disitulah keharusannya. Tetapi jika karangan bunga itu dari jenis yg mahal atau menyerupai acara kaum bukan Islam, maka ia ditegah.

:wassalam