SJ-07-0021 - bida'h (sapu muka lepas solat & do'a)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0021 - bida'h (sapu muka lepas solat & do'a)

:salam
sy ada terbaca didlm laman web sebrg mengenai ida'h..soalan sy,adakah benar menyapu/mengusap muka selepas doa adalah bida'h?adakah benar menyapu muka selepas salam juga bida'h?mengeraskan bacaan doa juga bida'h?kalo benar seluruh ibadah yg sy pelajari bercampur bida'h...mohon bantuan dan penjelasan dari ustaz2 ::lol:

SJ-07-0021 - bida'h (sapu muka lepas solat & do'a)

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr attoyar dengan kadar kemampuan yang ada, insyaallah.

Begini, amalan menyapu muka selepas memberi salam didalam solat dan juga selepas selesai do'a merupakan amalan2 yang didasarkan atas beberapa hadith yang dikelaskan sebagai dha'if oleh ulama', akan tetapi terdapat juga beberapa ulama'2 lain yang mensahihkan hadith2 tersebut. Hadith2 ini datang dari beberapa jalan dan kebanyakkannya dhaif, melainkan beberapa hadith menguatkan beberapa hadith yang lain.

Imam al-Nawawi rh menyatakan terdapat 2 pandangan mengenai amalan menyapu muka ini :-

a. Ia adalah Mustahab (Sunat) dan dinyatakan oleh kumpulan ulama' yang berfkata demikian.
b. Tidak Sah, ini merupakan pandangan yang sahih (al-Majmu' 3/501).

al-Izz ib Abdul Salam rh. berkata :

áÇ íãÓÍ æÌåå ÈÚÏ ÇáÏÚÇÁ ÅáÇ ÌÇåá

"Tidak menyapu mukanya selepas do'a melainkan jahil" [Fataawa al-Izz ibn Abdul Salam. ms47].

Berkata Ibn Taimiyah rh :-

æÃãÇ ãÓÍ æÌåå ÈíÏíå ÝáíÓ Úäå Ýíå ÅáÇ ÍÏíË Ãæ ÍÏíËÇä áÇ íÞæã ÈåãÇ ÍÌÉ
"Bagi menyapu wajah dengan tangan, tidaklah ada darinya melainkan satu atau 2 hadith, tidak boleh dikatakan sebagai hujah" [Majmu’ al-Fataawa, 22/519]

Syiekh Utsaimin didalam komentarnya terhadap pandangan Ibn Taimiyah diatas mengatakan :-

æÅÐÇ áã äÊÃßÏ Ãæ íÛáÈ Úáì ÙääÇ Ãä åÐÇ ÇáÔíÁ ãÔÑæÚ ÝÅä ÇáÃæáì ÊÑßå º áÃä ÇáÔÑÚ áÇ íËÈÊ ÈãÌÑÏ ÇáÙä ÅáÇ ÅÐÇ ßÇä ÇáÙä ÛÇáÈÇð .
ÝÇáÐí ÃÑì Ýí ãÓÍ ÇáæÌå ÈÇáíÏíä ÈÚÏ ÇáÏÚÇÁ Ãäå áíÓ ÈÓäÉ ¡ æÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ßãÇ åæ ãÚÑæÝ ÏÚÇ Ýí ÎØÈÉ ÇáÌãÚÉ ÈÇáÇÓÊÓÞÇÁ æÑÝÚ íÏíå ¡ æáã íÑÏ Ãäå ãÓÍ ÈåãÇ æÌåå ¡ æßÐáß Ýí ÚÏÉ ÃÍÇÏíË ÌÇÁÊ Úä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ãäå ÏÚÇ æÑÝÚ íÏíå æáã íËÈÊ Ãäå ãÓÍ æÌåå

"Apabila kita tidak pasti atau kita merasakan ia tidak syara' maka lebih baik ditinggalkan, kerana sesungguhnya syara' tidak boleh didasarkan atas rasa2 sahaja, melainkan kita percaya bahawa ini merupakan kemungkinan besar kesnya.

Apa yang saya berpendapat mengenai menyapu muka selepas do'a ialah ianya bukan sunnah. Sebagaimana yang masyhur, bahawa Nabi saw bersolat istisqa' (minta hujan) semasa khutbah Jumaat dan mengangkat kedua tangannya, akan tetapi tidak diriwayatkan pula menyapu muka bersama2 mereka. Begitu juga dengan beberapa hadith2 yang mengatakan bahawa Nabi mengangkat tangan, akan tetapi tiada dalil yang menunjukkan dia menyapu mukanya" - [Majmu' Fatawa Ibn Utsaimin 14/Soalan #781].

-----------
Mengenai kaifiat membaca do'a, adalah di galakkan agar bacaan do'a itu diperlahankan.Firman Allah swt :-

ÇÏúÚõæÇ ÑóÈøóßõãú ÊóÖóÑøðÚðÇ æÎõÝúíÉð Åäøóå áóÇ íõÍöÈøõ ÇáãõÚúÊóÏöíä
"Berdo'alah kepada tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampau batas" - [Surah al-A’raaf 7:55]

Allah swt memuji hambanya Zakaria dengan berfirman :

ÅÐú äóÇÏóì ÑÈøóå äÏÇÁð ÎÝíøðÇ
"Ia itu tatkala ia berdo'a pada Tuhanya dengan suara yang lembut" - [Maryam 19:3]

Didalam zikir selepas solat, ada riwayat Ibn Abbas ra. yang mengisahkan bahawa terdapat pada masa hidup baginda berzikir secara kuat kadang kalanya. Imam Syafie didalam komentarnya terdapat hadith Ibn Abbas ra:-

Úáì Ãäå ÌåóÑ æÞÊðÇ íÓíÑðÇ ÍÊì íÚáãåã ÕÝÉ ÇáÐøößÑ¡ áÇ Ãäåã ÌåÑæÇ ÏÇÆãðÇ.
"dia menguatkan didalam jangka masa sehingga dia mengajar mereka akan sifat zikir, tidaklah ia menguatkan sentiasa. ", dengan ertikata bacaan zikir tersebut dikuatkan bagi tujuan mengajar sahaja.

-------------
Kesimpulannya, amalan2 menyapu muka selepas solat dan selepas berdo'a khilaf dikalangan ulama' disebabkan kedudukan hadith2 yang sedemikian. Ada dikalangan ulama berpendapat bahawa jika kita merasakan bahawa hadith2 tersebut dhaif belaka, maka eloklah tidak dilakukan. Manakala didalam do'a, adalah merupakan satu adab apabila berdo'a memperlahankan bacaannya. Membaca do'a secara perlahan atau rahsia lebih menampak perasaan ketundukan kita kepada Allah swt.

Prinsip didalam ibabat mudah, iaitu "Asal ibadat adalah haram/terhentu, kecuali jika didatangkan dengan dalil//nas" (ÇáÃÕá Ýí ÇáÚÈÇÏÇÊ ÇáÊæÞÝ). Berusahalah memperbaiki amalan kita agar ia tidak bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh Nabi :saw.

WA.

wassalam
=======
Rujukan :

1. Imam al-Nawawi. al-Azkar. Beirut : Dar al-Ma'rifah. [t.t].

2. Ibn Taimiyah. Majmu' Fataawa - 22. susunan Abdul Rahman bin Muhammad bin Qaasim. cetakan Mekah, 1969. ms 519

3. Dr Husammuddin bin Musa Affana. ãÓÍ ÇáæÌå ÈÇáíÏíä ÈÚÏ ÇáÝÑÇÛ ãä ÇáÏÚÇÁ . URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528618528

خيرالأمين