SJ-07-0027 : Dalil amalan hari / malam Jumaat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0027 : Dalil amalan hari / malam Jumaat

:salam
Assalamualaikum tuan moderator,

Saya ingin meminta penjelasan berserta dalil yang berkaitan dengan amalan yang baik dilakukan pada hari / malam jumaat. Contohnya bacaan surah-surah tertentu dari al-quran seperti Yasin, surah al-kahfi, at-taubah dan al-waqiah.

Saya perlukan kepastian agar amalan kita tidak sekadar ikut-ikutan sahaja dan tidak berdasarkan ilmu.

Sekian terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-07-0027 : Dalil amalan hari / malam Jumaat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr abu_luqman dengan kadar kemampuan yang anda, Insyaallah.

Memang terdapat beberapa keistimewaan yang ada pada hari Jumaat itu sendiri. Salah satu yang sedia maklum ialah wujudnya solat Jumaat pada hari tersebut. Didalam sebuah riwayat dari Abu Lubaabah menyatakan bahawa terdapat lima perkara yang disebut:

a. Hari tersebut Allah mencipta Adam as.
b. Adam diturunkan ke bumi pada hari tersebut
c. Adam meninggal dunia pada hari tersebut
d. Hari dimana Allah akan mengkabulkan permintaan hambanya
e. Hari bermulanya kiamat.
Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Maajah (# 1084) dan dikelaskan sebagai Hasan oleh Syiekh al-Albani didalam al-Jaami' (#2279).

Ada beberapa amalan2 sahih yang boleh dilakukan pada hari Jumaat. Diantaranya :-

1. Pergi bersolat Jumaat. Dimulakan dengan membersihkan diri, datang awal ke masjid, mendengar khutbah dsb. Ibn Umar ra dan Abu Hurairah ra mendengar khutbah Nabi :saw di mimbar dimana beliau mengatakan sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat, Allah akan sitarkan hati-hati mereka (hadith Muslim, 865).

2. Membaca surah al-Kahfi. Diriwayatkan dari Abu Sa'ed al-Khudri bahawa nabi :saw bersabda :-

ãä ÞÑà ÓæÑÉ ÇáßåÝ Ýí íæã ÇáÌãÚÉ ÃÖÇÁ áå ãä ÇáäæÑ ãÇ Èíä ÇáÌãÚÊíä
"Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya diantara dua Jumaat" [hadith riwayat al-Hakim. hadith ini dikelaskan sebagai Sahih oleh al-Albani didalam Sahih al-Targhib, 836].

3. Memperbanyakkan berdo'a. Di riwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah :saw menyebut bahawa pada hari Juma'at :-

ÓóÇÚóÉñ áÇ íõæóÇÝöÞõåóÇ ÚóÈúÏñ ãõÓúáöãñ æóåõæó ÞóÇÆöãñ íõÕóáøöí íóÓúÃóáõ Çááøóåó ÊóÚóÇáóì ÔóíúÆðÇ ÅöáÇ ÃóÚúØóÇåõ ÅöíøóÇåõ æóÃóÔóÇÑó ÈöíóÏöåö íõÞóáøöáõåóÇ
"Hari (ketika) tidak berdiri seorang hamba yang muslim untuk besolat dan memohon kepada Allah apa-apa jua, melainkan Allah akan memberinya - baginda mengisyaratkan dengan tangannya bagi menunjukkan pendek masa tersebut" [hadith riwayat al-Bukhari #893; Muslim 852].
-------------

Secara umumnya, hari Jumaat merupakan hari umat Islam digalakkan memperbanyakkan zikir dan do'a. Malahan sehinggakan puasa khusus pada hari Jumaat di makruhkan kerana menurut ulama' agar manusia tidak letih pada hari tersebut, seperti juga orang yang berwukuf di padang 'Arafah. Cuma selain dari amalan2 yang dinyatakan diatas, umat Islam bebas membaca mana-mana surah yang lain tanpa mengkhususkan bacaan tersebut khas bagi malam Jumaat sahaja. Sabda nabi :saw :-

áÇ ÊóÎúÊóÕøõæÇ áóíúáóÉó ÇáúÌõãõÚóÉö ÈöÞöíóÇãò ãöäú Èóíúäö ÇááøóíóÇáöí ¡ æóáÇ ÊóÎõÕøõæÇ íóæúãó ÇáúÌõãõÚóÉö ÈöÕöíóÇãò ãöäú Èóíúäö ÇáÃóíøóÇãö ¡ ÅöáÇ Ãóäú íóßõæäó Ýöí Õóæúãò íóÕõæãõåõ ÃóÍóÏõßõãú
"Jangan mengkhususkan malam Jumaat untuk berqiam dari malam2 lain, dan jangan mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa dari hari2 lain, melainkan telah menjadikan puasa kebiasaan dikalangan kamu" [hadith Riwayat Muslim; #1144). WA.

wassalam

خيرالأمين