SJ-07-0046 : al-fatihah sbl majlis

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0046 : al-fatihah sbl majlis

:salam
nk tny, adakah amalan mmbuka majlis dgn al-fatihah atau apa2 doa itu merupakan adat semata atau amalan dr nabi muhammad saw?

jkk

SJ-07-0046 : al-fatihah sbl majlis

:wassalam

al-Jawab:

Amalan demikian adalah merupakan adat Melayu sahaja dan tidak ada satu riwayatpun bahawa Nabi saw berbuat demikian. Fatwa Lajnah Daimah KSA mengeluarkan fatwa bahawa jika secara konsisten melakukan amalan membaca al-Fatihah untuk membuka majlis adalah perbuatan bid'ah (Fatwa No 8777). Mungkin mereka akan mengatakan, takkanlah baca fatihah pun salah, lebih baik dari menyanyi! Jawapannya memanglah tidak salah, tapi kita dah kata ASWJ, maka hendaklah kita sentiasa berpegang dengan sunnah dan meninggalkan tokok tambah dalam urusan agama kita. sekian