SJ-08-0004 : ganti puasa dengan fidyah

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0004 : ganti puasa dengan fidyah

Assalamualaikum,
Di sini saya ada satu kemusykilan, bolehkah puasa yang kita tinggalkan pada Ramadhan yg lepas oleh sebab haid kita bayar dengan fidyah oleh kerana kita tak mampu nak berpuasa kerana hamil. Utk pengetahuan, saya telah menggantikan separuh dari hari yg ditinggalkan itu dengan puasa dan ada lagi enam hari yg belum berganti dan saya pula tak mampu berpuasa krn hamil skrg.
Sekian, wasalam.

re: ganti puasa dengan fidyah

:salam

Ijma' ulama' mengatakan puasa Ramadhan yg ditinggalkan krn haid wajib digantikan.

“…maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain….”[2:184]

Namun jika seseorang itu tidak mampu menggantikan krn uzur atau tua maka diwajibkan ke atasnya membayar fidyah.

“…Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (QS. 2:184)

Persoalannya, adakah hamil itu mebolehkan seseorang itu mendpt masyaqqah ini. Adakah hamil termasuk dalam kategori uzur? Saya mengatakan bahawa definisi uzur yg menggugurkan kewajiban seseorang itu menggantikan puasa adalah keuzuran yg pada kebiasaannya tidak mungkin akan sembuh lagi. Sekiranya uzur yg dihadapi itu bersifat sementara, tidaklah gugur kewajiban itu. Maka, org yg hamil wajib menggantikan puasanya dan pembayaran fidyah tidak sama sekali menggugurkan kewajipannya utk menggantikan puasa yg ditinggalkan itu.

Namun, tidaklah semestinya dia perlu menggantikan di ketika dia mengandung. Dia boleh menangguhkan ganti puasanya itu kemudian hari meskipun berlalu Ramadhan yg seterusnya. Para fuqaha' termasuk syafi'iyyah mengatakan puasa qadha’ boleh ditangguhkan sehingga Ramadhan yg selepasnya jika disebabkan keuzuran. WA.

:wassalam

Al-Umm
Imam asy-Syafi’I

Fiqh Islami wa adilatuhu(Fiqh & Perundangan Islam)
Dr Wahbah al-Zuhaily

Al-Mufashal Fi-Ahkamil Mar’ah Wal-Bait Al-Muslim
(Ensiklopedia Hukum Wanita & Keluarga Jil 2)
Dr Abd Karim Zaidan

Hukum2 Fiqh Islam-Tinjauan Antara Mazhab
Tengku Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy

Ramadhan Fataawa
Fatawa by Sheikh Bin Baaz
Sheikh Ibn Jibreen

Fiqhus Sunnah Jil 3
Sheikh Sayyid Sabiq

Fataawa Islamiyyah
Fatawa by sehikh Bin Baaz
The Permanent Committee For Islamic Research and Fataawa

re: SJ-08-0004 : ganti puasa dengan fidyah

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz Gayat diatas jawapan diatas. Wanita yang hamil dibenarkan menangguhkan puasa pada bulan Ramadhan kepada suatu hari yang dia mampu mengganti puasa tersebut. Syeikh Utsaimin mengkategorikan bab wanita menangguh berpuasa didalam bulan Ramadhan dibawah bab SAKIT, dimana seseorang itu boleh menggantikan jumlah puasa yang ditinggalkan pada hari yang lain (ãöøäú ÃóíøóÇãò ÃõÎóÑó) sebagaimana didalam surah Al-Baqarah ayat 185. Malah Al-Mirdaawi menyebut didalam al-Insaaf (7/382), bahawa adalah makruh hukumnya wanita yang hamil berpuasa jika ia memudharatkan diri atau kandungannya. Fatwa dari Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi menyebut :-

ÃãÇ ÇáÍÇãá ÝíÌÈ ÚáíåÇ ÇáÕæã ÍÇá ÍãáåÇ ÅáÇ ÅÐÇ ßÇäÊ ÊÎÔì ãä ÇáÕæã Úáì äÝÓåÇ Ãæ ÌäíäåÇ ÝíÑÎÕ áåÇ Ýí ÇáÝØÑ æÊÞÖí ÈÚÏ Ãä ÊÖÚ ÍãáåÇ æÊØåÑ ãä ÇáäÝÇÓ
"Bagi wanita yang hamil adalah wajib berpuasa semasa kehamilannya melainkan jika ia takut ia akan membahayakan dirinya atau kandunganya (janin), maka didalam keadaan ini dia boleh berbuka (tidak berpuasa) dan menqadha' puasanya setelah melahirkan anak dan bersih daripada nifas" - Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah (10/226)

Dengan kata lain, kewajipan berpuasa tidak gugur dengan hanya membayar fidyah, tetapi Puan wajib mengqada' puasanya selepas melahirkan anak dan bersih dari nifas. WA.

wassalam

خيرالأمين