SJ-08-0038 : nak berbeza dengan yahudi, puasa 11 Muharam??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0038 : nak berbeza dengan yahudi, puasa 11 Muharam??

sambungan dari soalan ahchonx sebelum ini..

klu nak puasa 11 Muharam sbb terlupa puasa 9 Muharam boleh tak? ada tak nas khusus atau pendapat ulama berkaitan kes ni?

barakallahu fikum

wassalam

SJ-08-0038 : nak berbeza dengan yahudi, puasa 11 Muharam??

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan akhi af_feirays dengan kadar kemampuan yang terhad, Insya-Allah.

Benar, bagi mereka yang tidak berpuasa pada hari Tasu'aa' (9 Muharram) bolehlah meneruskan puasa pada hari ke 11. Ini merupakan pandangan Mazhab al-Syafie.

Menurut Dr Mustafa al-Khin :-

áÐáß ÇÓÊÍÈ Çä áã íÕã ãÚ ÚÇÔæÑÇÁ ÊÇÓæÚÇÁ Ãä íÕæã Çáíæã ÇáÍÇÏí ÚÔÑ
dir="ltr">"Dengan demikian jika dia memilih untuk tidak berpuasa Tasu'a bersama Asyura', maka bolehlah dia berpuasa pada hari ke 11" - [al-Fiqh a-Manhaji, 1/356, Mughni al-Muhtaaj 1/602 - ÝÅä áã íÕã ãÚå ÊÇÓæÚÇÁ Óä Ãä íÕæã ãÚå ÇáÍÇÏí ÚÔÑ].

Syeikh al-Syarbini menyatakan bahawa Imam Syafie rh didalam al-Umm ada menyebut bahawa digalakkan memenuhkan puasa selama 3 hari (9, 10 dan 11)- [Mughni al-Muhtaaj 1/602]

Demikianlah pandangan Mazhab Syafie didalam hal ini. WA.
Sekian, wassalam

خيرالأمين