SJ-08-0075 : Minta penjelasan atas kenyataan yg i highlight

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0075 : Minta penjelasan atas kenyataan yg i highlight

Salam,
Artikel ini baeasal dari utusan online..minta komen pihak panel berkenaan dengan kenyataan yang saya highlight kan....

Hari ini adalah hari ke-20 umat Islam di Malaysia berpuasa Ramadan. Ini bermakna, kita telah memasuki fasa ketiga Ramadan iaitu berada pada 10 malam terakhir yang terkandung di dalamnya lailatul qadar.

Pada suku terakhir Ramadan, umat Islam digalakkan meningkatkan ibadat sunat. Antara yang paling utama ialah beriktikaf untuk beribadat pada sebelah malamnya.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w beriktikaf pada setiap bulan Ramadan sebanyak 10 hari. Apabila tiba tahun yang baginda wafat padanya, baginda beriktikaf selama 20 hari. (riwayat Bukhari)

Allah berfirman: Dan pada sebahagian daripada malam, maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bahagian yang panjang di malam hari. (al-Insan: 26)

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto NAZERI ABU BAKAR menemu bual Imam Besar Masjid Negara, Datuk Syaikh Ismail Muhammad bagi mengupas tentang ibadat sunat ini.

MEGA: Bagaimanakah kita boleh mendapat pahala dalam mengerjakan iktikaf ini?

SYAIKH ISMAIL: Iktikaf adalah amalan baik yang amat disunatkan kepada umat Islam melakukannya. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

Maksud iktikaf di sini ialah mendampingi masjid. Tujuan iktikaf ini ialah untuk membersihkan hati dengan mengingati Allah dan taqarrub (berdamping) dengan Allah Yang Maha Pencipta dengan hati yang ikhlas. Allah amat menyukai hamba-hamba-Nya yang sentiasa berusaha bertaqarrub kepada-Nya.

Ia boleh dilakukan setiap kali kita berada di masjid iaitu semasa menunggu waktu solat Isyak misalnya, kita berniat beriktikaf. Dengan niat begini, kita sudah pun beroleh pahala.

Dalam bulan Ramadan ini kita perlu merebut peluang di mana ibadat sunat yang dilakukan itu diberi ganjaran ibadat fardu. Ibadat fardu pula diberi ganjaran 70 kali ganda.

Apakah amalan yang dianjur kita lakukan semasa iktikaf ini?

SHAIKH ISMAIL: Sudah tentu apabila kita beriktikaf untuk mendekatkan diri kepada Allah, kita akan melakukan sesuatu ibadat.

Iktikaf ini hendaklah dilakukan di masjid atau surau yang didirikan solat Jumaat padanya.

Perkara yang sunat dilakukan ialah berqiamullail iaitu membanyakkan ibadat sunat seperti solat tahajud, hajat, taubat, tasbih, mutlak yang diakhiri dengan solat sunat witir.

Selain itu, membaca al-Quran kerana Rasulullah pernah bersabda, membaca al-Quran adalah ibadat sunat yang paling afdal.

Bersabda Rasulullah s.a.w., “Barang siapa membaca satu huruf kitab Allah, memperoleh satu kebajikan. Saya tidak mengatakan Alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” (riwayat al-Tirmizi)

Kita juga boleh bertasbih, bertahmid, beristighfar, berselawat dan berdoa.

Bagi mereka yang berkesempatan, boleh juga menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab-kitab agama, sirah nabi dan sebagainya.

Bagaimanapun, kita boleh juga membaca buku-buku akademik contohnya berkaitan sains dan teknologi. Yang penting ia memberi manfaat kepada diri dan masyarakat. Membaca buku-buku begini pun turut diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t.

Ada yang berpendapat, qiamullail itu wajib disertai dengan solat sunat yang banyak. Benarkah?

SYAIKH ISMAIL: Pandangan begini kurang tepat. Memanglah afdal jika kita boleh mendirikan pelbagai solat sunat semasa qiamullail terutamanya solat tasbih.

Tentang solat tasbih ini, Rasulullah pernah bersabda, “Kalau boleh didirikan setiap malam, kalau tidak boleh, seminggu sekali, kalau tidak boleh sebulan sekali, paling tidak pun setahun sekali”. Allah menjanjikan keampunan dosa yang lalu dan akan datang untuk mereka yang mengerjakan solat ini.
Bagaimanapun, paling minimum qiamullail ialah menunaikan solat witir satu rakaat. Apa yang lebih penting dalam Islam ialah melakukan ibadat itu biar sedikit tetapi istiqamah yakni dibuat berterusan.

Dalam bulan Ramadan ini, menunaikan solat tarawih sudah dikira sebagai qiamullail. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang bangun (qiamullail) pada bulan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan akan diampun dosanya yang terdahulu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Apa yang lebih penting ialah falsafah di sebalik qiamullail. Di dalamnya terkandung sifat ikhlas di mana kita beribadat seorang diri pada waktu orang lain nyenyak tidur di tilam yang empuk.

Maknanya, tidak ada unsur riak dalam kita melakukan ibadat ini.

Apakah kelebihan mengamalkan qiamullail. Adakah ia boleh menampung kekurangan pahala berpuasa?

SYAIKH ISMAIL: Orang yang mengamalkan qiamullail ini akan diangkat darjat mereka.

Ini dijelaskan menerusi firman Allah, Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhan mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. (al-Isra’: 79)

Selain itu, Nabi s.a.w bersabda, Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa. (riwayat Muslim)

Bagaimanapun, qiamullail ini adalah ibadat yang berbeza dan tidak boleh menampung kekurangan pahala berpuasa.

Kalau tidak mahu cacat pahala puasa, kita jangan melakukan perkara yang buruk, bercakap yang sia-sia dan menjauhkan maksiat.

Rasulullah yang maksum juga tidak meninggalkan qiamullail ini. Bagaimanakah cara untuk mendidik membiasakan diri menunaikannya?

SYAIKH ISMAIL: Rasulullah pernah ditanya oleh saidatina Aisyah r.a, mengapakah baginda berqiamullail sehingga bengkak kaki baginda kerana berdiri terlalu lama sedangkan baginda adalah maksum, baginda menjawab, apakah tidak aku menjadi hamba yang bersyukur.

Dan dalam bulan Ramadan, Nabi s.a.w bukan sahaja bangun beribadat waktu malam tetapi mengejutkan isteri dan ahli keluarganya untuk sama-sama beribadat kepada Allah.

Aisyah r.a berkata, Rasulullah s.a.w apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah dari isteri-isterinya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Untuk membiasakan diri melakukan ibadat ini, hendaklah kita sentiasa menunaikan solat. Cuba istiqamah melakukannya selama 40 waktu atau 40 hari. Sebabnya, ulama menyebut, jika kita solat subuh selama 40 waktu berturut-turut tanpa tinggal, insya-Allah kita akan kekal menunaikannya.

Kita juga perlu sabar dalam melaksanakan ibadat. Ini amat penting terutama pada kali pertama kita melakukan qiamullail. Apabila dah biasa tidak ada masalah lagi.

Analoginya, kalau kita hendak upah atau gaji yang lebih sudah tentu kena kerja keras atau lebih masa. Demikian juga untuk mendapat ganjaran pahala besar yang dijanjikan oleh Allah kita kena berusaha melakukan qiamullail. Kita kenalah berkorban sedikit seperti mengurangkan waktu tidur.

Selain, qiamullail apakah zikir-zikir yang mudah dibaca tetapi berat timbangannya yang boleh diamalkan oleh umat Islam?

SYAIKH ISMAIL: Paling utama ialah membaca al-Quran seperti yang disebutkan tadi. Lain-lain ialah zikir seperti La ila ha illallah, subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar.

Kita juga hendaklah membanyakkan istighfar memohon keampunan Allah.

Apa pula peluang yang perlu direbut terutama pada lailatul qadar?

SHAIKH ISMAIL: Hendaklah kita berusaha mencari lailatul qadar kerana pahala beribadat pada malam ini adalah menyamai 1,000 bulan atau 84 tahun. (al-Qadr: 3)

Ini adalah bonus yang Allah bagi kepada umat Nabi Muhammad yang rata-rata umur mereka ialah sekitar 60 ke 70 tahun berbanding umat terdahulu yang usia mereka mencecah beribu tahun.

Malam ini pula dikatakan berlaku pada malam ganjil 10 terakhir Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w: Carilah lailatul qadar pada malam ganjil 10 malam terakhir. (riwayat Bukhari)

Oleh itu, janganlah kita sia-siakan peluang yang Allah berikan kepada kita tahun ini kerana belum tentu kita akan bertemu Ramadan tahun depan.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-08-0075 : Minta penjelasan atas kenyataan yg i highlight

:wassalam

al-Jawab:

Quote:
Iktikaf ini hendaklah dilakukan di masjid atau surau yang didirikan solat Jumaat padanya.

Penjelasan: Pendapat yg benar ialah i'tikaf boleh dilakukan di mesjid yang didirikan solat jama'ah lima waktu dan ada Imam rawatib. Tujuannya supaya orang i'tikaf tidak miss solat berjama'ah lima waktu. Tidak disyaratkan mesjid yg diadakan solat Juma'at kerana orang i'tikaf boleh keluar ke mesjid lain utk solat Juma'at dan ia tidak membatalkan i'tikafnya. (Fatwa Syaikh Uthaimiin, KSA, syarah Mumti' (3/313)

Quote:
ibadat sunat seperti solat tahajud, hajat, taubat, tasbih, mutlak

Penjelasan: solat2 disenaraikan adalah dianjurkan, terutamanya solat tahajjud (AQ 17:79). Mengenai status solat Hajat, ia adalah solat yang lemah dalilnya dan lebih baik diutamakan solat tahajjud (Ibn Uthaimin, Nur 'ala Darbi (1/169)
Solat Tasbih juga adalah solat yang kontroversi dan dilemahkan oleh muhaqqiqin spt Ibn Jauzi dan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah. Maka lebih baik ditinggalkan.

Quote:
entang solat tasbih ini, Rasulullah pernah bersabda, “Kalau boleh didirikan setiap malam, kalau tidak boleh, seminggu sekali, kalau tidak boleh sebulan sekali, paling tidak pun setahun sekali”. Allah menjanjikan keampunan dosa yang lalu dan akan datang untuk mereka yang mengerjakan solat ini.

Hadith ini dari jalur sanad Ibn Abbas dan Abu Rafi' (pembantu Nabi saw). Ia khilaf statusnya. disahihkan oleh al-Albani dalam sahih Ibn Majah dan Termidzi, juga oleh Prof DR Mustafa Azami yg mentahqiq Sahih Ibn Khuzaimah.
Hadith ini dinilai palsu oleh Ibn Jauzi dan alHafidz alSyaukani.

sapa yg nak terima kata hadith ni sahih, maka bolehlah dia mengerjakan solat Tasbih sekali seumur hidupnya, sapa yg nak terima tahqiq Syawkani, maka tak payahlah buat.

Demikianlah penjelasan kami.